Berpura-pura Membersihkan Meja Sambil Berjoget. Penjenayah Tidak Sedar Aksinya Diperhatikan... Jom Kita Lihat Aksi Lucunya
Penjenayah melarikan 2 tong gas dari gerai |
Seorang
Penjenayah berpura-pura membersihkan meja sambil berjoget. Itu aksi
lucu dilakukan seorang penjenayah ketika menceroboh masuk ke dalam
premis restoran sebelum melarikan 10 tong gas memasak.
Dalam
kejadian jam 10 pagi Khamis lalu, lelaki dianggarkan berusia 20-an itu
dikesan masuk melalui pintu pagar hadapan premis terletak di Seksyen 10,
Bandar Baru Bangi, di sini.
Pengurus
restoran, Mohammad Niza Ishak, 33, berkata, dia dimaklumkan salah
seorang pekerjanya berhubung kejadian itu ketika mahu membuat persiapan
membuka restoran jualan pada jam 12 tengah hari.
Menurutnya, dia kemudian bergegas datang ke restoran sebelum meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Berdasarkan
rakaman CCTV itu, seorang lelaki yang memakai jersi berwarna gelap,
bertopi serta berseluar pendek dilihat muncul sambil memegang kain.
“Suspek kemudian berjoget di dalam premis seolah-olah sedang bekerja sambil membersihkan meja menggunakan kain itu,” katanya.
Menurutnya,
tujuh pekerja berada di asrama di tingkat atas premis itu namun tidak
menyedari kehadiran suspek berikutan operasi perniagaan bermula pada
waktu petang.
“Suspek
kemudian mengangkat semua tong gas di dalam premis sebelum dimasukkan
ke dalam kereta model Proton Persona berwarna kelabu yang diletakkan di
luar pagar restoran.
“Pekerja
saya juga ada menemui kesan makanan ditinggalkan suspek di belakang
premis. Ada kemungkinan suspek pernah datang ke restoran saya sebelum
ini sebagai pelanggan,” katanya.
Mohamad
Niza berkata, susulan kejadian itu satu laporan dibuat di Balai Polis
Kajang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa