Ahli kumpulan yang memakai topeng muka berdiri di belakang Hall dan membacakan doa selama 45 saat sebelum memenggal kepala Hall.
Kumpulan militan Abu Sayyaf dilaporkan mendedahkan video mereka memenggal kepala tebusan warga Kanada, Robert Hall yang dibunuh baru-baru ini.
Memetik laporan portal The Star.com, video berdurasi 90 minit itu dipercayai dirakam oleh ahli kumpulan tersebut di dalam hutan di Jolo, selatan Filipina.
Ia dimulakan dengan dua militan berdiri membelakangi Hall yang berkemeja-T berwarna oren, berseluar hitam dan sedang berlutut.
Salah seorang ahli kumpulan itu kemudian memegang kepala Hall, sementara sebelah lagi tangannya memegang sebilah pisau rambo.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi ahli kumpulan yang memakai topeng muka berdiri di belakang Hall dan membacakan doa selama 45 saat sebelum memenggal kepala Hall.
Kepala Hall yang dipenggal kemudian diangkat di depan kamera bersama laungan kalimah ALLAH Maha Besar beberapa kali.
Pada Isnin lalu, kumpulan Abu Sayyaf bertindak mengugut untuk memenggal kepala Hall jika wang tebusan yang diminta tidak dibayar.
Hall yang berusia 68 tahun telah diculik kumpulan tersebut sejak September 2015.