Nasib MALANG!!!!.....Kerana Cicak Mulut binasa




          https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUqA1jNmRhzWNPZMJfymYFJcqJQYnQ6rOrLUcazQbTaoGMYqjyjJRJVie4iXynna827n_hd0JEmWI8ZjLE8CKseTRgxMDRmEWn9SETYI1DizpY1LbAkogN1R1EcjjlHkC_dUyglo753bw/s1600/tokek.jpg
Kasihan seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila bibirnya digigit cicak tokek selepas dia cuba mencium reptilia berkenaan. Aduh Sakitnya... bolehkah anda bayangkan,  Kita kena gigit semut atau nyamuk pun sudah mengamuk.
Gambar budak lelaki yang berusia lingkungan 10 tahun itu menangis dengan seekor cicak tokek tergantung di bibirnya dan mula viral di Internet selepas dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu. Kejadian yang berlaku di Indonesia dan tidak di ketahui lokasinya.Cicak berkenaan dikatakan menggigit bibir budak itu selepas dia cuba untuk mencium cicak tokek berkenaan. Bagaimanapun, pemilik gambar itu tidak memberitahu bagaimana budak lelaki itu melepaskan bibirnya daripada cicak tokek berkenaan.
Difahamkan orang ramai telah memberi pelbagai cadangan dan berusaha untuk membantu mangsa tetapi cicak tokek itu enggan melepaskan gigitannya. Gambar itu juga mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook dari Malaysia dan Indonesia yang memberi pelbagai cara untuk melepaskan gigitan haiwan berkenaan.
“Kasihan anak kecil ini digigit Tokek. Tunggu bunyi petir barulah tokek ini lepaskan gigitannya,” kata pengguna dikenali sebagai Nur Sidi.
Seorang lagi pengguna, Marlinda Theah pula memberitahu, ada beberapa cara untuk melepaskan gigitan cicak berkenaan tanpa menyakiti haiwan itu.
“Letakkan haiwan itu di tanah dan biarkan ia tenang. Dia pasti melepaskan gigitan.
“Cara kedua, letak tokek itu di atas dan picit perutnya perlahan-lahan sehingga ia membuka mulut,” katanya. credit HARIAN METRO
Kita doakan budak yang malang ini akan kembali sihat seperti sediakala dan anggaplah pengalaman yg beliau lalui ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup beliau .
        

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close