Malang Menimpa Nenek Meksom Di Bulan Ramadhan Kerana Ditumbuk Muka dan Dipotong Kaki oleh Penyamun.



Keadaan Mek Som selepas kejadian

Seorang penyamun tergamak memotong kaki kiri seorang warga emas sehingga putus selepas cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang, Lemal dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku ketika jam 6 petang tadi, mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan yang berusia 55 tahun.

Harian Metro melaporkan, penyamun yang berusia 19 tahun itu difahamkan merupakan jiran sekampung mangsa.

Ketika kejadian, suspek menceroboh rumah Mek Som dan meminta wang. Bagaimanapun suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai sejenis pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Suspek berjaya ditahan orang kampung
dan polis
                                         

































"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.




facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close