HONDURAS: Penduduk disebuah kampung di La Entrada, Barat negara berkenaan terkejut apabila mendengar suara daripada kawasan perkuburan di kampung mereka.
Suaminya
Rudy Gonzales terdengar jeritan dan rayuan dari kubur ketika menziarah
pusara berkenaan membuatkan penduduk kampung bertekad untuk menggali
kembali kubur tersebut.
Apabila digali kembali kubur Neysi Perez, 16, berkenaan yang dikebumikan dalam keranda dan simen konkrit sebelum ini, ahli keluarga mangsa mendapati Neysi tidak lagi bernyawa manakala kaca pada kerandanya telah pecah.
Selain kaca pecah, turut didapai tangan gadis berkenaan berdarah dipercayai kerana mengetuk cermin keranda berkenaan.
Gonzales
memberitahu, isterinya itu dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu
baju yang dipakainya ketika berkahwin sebelum dia meninggal selepas
terjatuh di rumah ketika ingin ke tandas bersama kandungan berumur tiga
bulan.
Punca
sebenar Perez jatuh dipercayai kerana terkejut mendengar bunyi tembakan
dan semasa jatuh mulutnya telah mengeluarkan buih menyebabkan bapanya
memanggail paderi.
Kemudian,
paderi mengesahkan yang Perez telah dirasuk syaitan dan cuba
memulihkkannya tetapi gagal, kemudian barulah keluarganya menghantar
gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam
kemudian.
“Apabila
saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising
dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.
“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” kata Gonzales.
Selepas
menggali kubur berkenaan Perez telah dibawa ke hospital dan doktor
telah membuat pemeriksaan sekali lagi tetapi mengesahkan Perez sudah
meninggal dunia.
Mereka telah telah membawanya pulang ke kubur terbabit dan dikebumikan semula.