Gara-gara percayakan mimpi bahawa ibunya belum mati walaupun telah dikebumikan, seorang lelaki dari Indonesia sanggup menggali kubur dan selamba membawa pulang mayat ibu dia atas alasan untuk ‘menghidupkan’ semula mayat tu..
Alahaiii! Kalau dah meninggal tu, dia tak akan kembali hidup di dunia ni lagi.. Terima lah kenyataan!
Perbuatan lelaki yang dikenali sebagai Supriyanto, 40 dari Kampung Dusun Ngrancang di Kedu, Daerah Temanggung tu hanya disedari oleh orang kampung selepas sebulan kejadian tu berlaku dan kemudiannya membuat laporan polis..
Supriyanto ditahan bersama dua lagi rakannya yang membantu menggali kubur dan membawa pulang mayat wanita bernama Parimah.. Parimah, 70 dikatakan meninggal dunia pada 14 April lepas dan selepas 40 hari dikebumikan, Supryanto yang juga anak sulung Parimah minta bantuan enam kawannya untuk gali kuburnya..
Supryanto mempengaruhi kawan-kawan dia dengan mengatakan dia bermimpin ibu dia boleh hidup semula dengan mengadakan upacara tertentu..
Supriyanto memberi alasan buat macam tu kerana dia terlalu sayangkan ibunya dan mendapat mimpi bahawa ibunya tu hanya pengsan dan boleh dihidupkan semula..
Haishh! Yang dah pergi tu, tetap dah pergi.. Tak akan kembali lagi!