Keadaan Mek Som Mat Diah di HUSM Kubang Kerian |
Kota Bharu, 20 Jun: Pergelangan kaki kiri seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, yang putus ditetak baru- baru ini oleh seorang remaja lelaki 19 tahun, tidak boleh disambung semula.
bertambah malang kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras betis bagi mengelak komplikasi yang akan berlaku di masa hadapan.
Menurut cucu anak saudara Mek Som, Mustafa 50, perkara itu dimaklumkan oleh doktor kepada mereka sekeluarga.
“Doktor berkata, Kaki Mek Som terpaksa di potong hingga paras betis kerana pergelangan kakinya yang putus sudah tidak boleh disambung semula serta mungkin boleh menimbulkan banyak komplikasi.
“Pembedahan dijangka akan di lakukan esok dan kami membawa pulang kakinya yg di potong itu untuk dikebumikan di tanah perkuburan dekat kampung kami iaitu di Kota Bharu ," katanya.
Harian Metro melaporkan, Mek Som ketika ditemui di HUSM Kubang Kerian berkata remaja terbabit sering meminta wang darinya.
Setiap kali dia datang meminta wang , Mek Som tidak pernah memberi dan selalunya remaja itu akan berlalu pergi begitu saja
Mek Som sempat menceritakan tentang kejadian dan menggelar remaja yang juga jirannya itu sebagai budak yang nakal dan jahat.
“Ketika itu, Mek Som sedang berehat sementara menunggu waktu untuk berbuka bersama anak Mek Esah Abdullah, 60, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mental.
“Tiba-tiba penjenayah itu datang meminta wang dan terus bertindak agresif apabila permintaannya tidak diterima. Sebelum ini juga dia yang dipanggil nenek sudah dianggap macam cucu dan akan berlalu pergi apabila nenek cakap tiada wang.
“Nenek terkejut dan tak sangka dia agresif begitu. Mula-mula dia serang Mek Esah dan pulas tangannya, namun Mek Esah sempat larikan diri sebelum dia mencari nenek serta menumbuk muka," katanya.
Menurut Mek Som, dia terjatuh selepas ditumbuk bertalu-talu dan remaja berkenaan tiba-tiba mengambil pisau yang berada di tepi dinding beranda rumah sebelum memotong pergelangan kaki kirinya.
Namun, Mek Som yang sudah tidak berupaya dan hanya mampu menjerit meminta tolong dari orang ramai.
“Selepas kaki nenek di potongsehingga putus, dia cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh penduduk kampungyang terdengar jeritan. Ketika itulah dia sempat minta maaf dengan nenek," katanya