Jerantut:
“Tolong anak ini dijaga, bapanya mati”. Itu antara kandungan nota yang
ditemui bersama bayi perempuan berusia kurang sebulan di tepi jalan
berhampiran Sungai Lekok, dekat sini, Ahad lalu.
Dalam
kejadian jam 4.23 petang, pekerja ladang, Lee Ming Yeed, 28, menemui
satu bungkusan kain mengandungi bayi yang cukup sifat ketika dalam
perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Lekok.
Dalam bungkusan sama, lelaki berkenaan menemui wang RM15 bersama sekeping gambar lelaki dipercayai bapa bayi malang itu.
Ketua
Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, pekerja ladang
itu pada mulanya membawa pulang bayi berkenaan ke rumah untuk dijaga
sementara waktu.
Namun, beliau berkata, lelaki itu menghantarnya ke Balai Polis Jerantut dan membuat laporan berhubung kejadian itu, kelmarin