LONDON - ENGLAND. Selepas laman web pertama yang diwujudkanya, iaitu "Se
condWife.com"
menerima sambutan yang menggalakkan, seorang ahli perniagaan di sini
kembali dengan laman web terbaharu, "Polygamy.com', khas untuk lelaki
Islam yang ingin berpoligami.
Azad
Chaiwala, 33, percaya melalui laman web yang dibuatnya telah banyak
membantu lelaki dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga
mereka.
Selepas
'SecondWife.com' mencapai jumlah keahlian sebanyak 35,000, tercetus
idea Chaiwala untuk membina nilai-nilai murni serta jujur dalam
kehidupan berkeluarga khasnya kepada lelaki Islam.
Justeru,
dengan menamakan laman web 'Polygamy.com', Chaiwala percaya ia pasti
akan disukai dan diterima ramai seperti dalam laman web pertamanya itu.
Hasilnya,
apa yang cukup mengejutkan Chaiwala ialah sejak dilancarkan awal tahun
ini, dengan membawa slogan "Selamat datang ke Dunia Poligami", seramai
7,000 orang telah mendaftar sebagai ahli untuk mengharapkan bantuan
memperolehi calon isteri baru mereka.
Kata Chaiwala, laman web ini diwujudkan khas untuk 'lelaki yang berkemampuan'.
"Laman
web ini bukan berkhidmat kepada semua orang. Terdapat sesetengah lelaki
yang tidak mampu dari segi tenaga batin dan kewangan untuk diberikan
kepada wanita lain. Poligami bukan terhad kepada Muslim sahaja. Agama
lain tidak mengehadkan bilangan isteri yang ingin dikahwini oleh
seseorang lelaki," kata Chaiwala.
Bagaimana pun, Khalid Mahmood, seorang ahli Parlimen Islam British tidak setuju dan menyifatkannya sebagai 'perbuatan bodoh'.
Beliau
turut memberikan amaran kepada golongan wanita British sekiranya setuju
hidup bermadu, hak kewangan mereka akan sendirinya terhakis mengikut
undang-undang yang termaktub dalam British.