Bulan
ramadan sememangnya dinanti oleh semua khususnya umat Islam. Ye la
bukan saja orang Isalam je yang berpuasa, ada juga mereka yang bukan
Islam turut sama berpuasa dan merasai nikmat berpuasa.
Okay bila tibanya ramadan, Malaysia sangat sinonim dengan bazar ramadan kan? So kalau
korang pergi bazar apa yang dicari selain murtabak, kuih pelita, roti
john dan sebagainya? Nak cari apa pun yang penting kena berhemah ye.
Kami sebenarnya nak berpesan dan kongsikan satu KEJUTAN buat korang di bulan ramadan ni… Baca sampai habis kalau tak korang terlepas peluang untuk….
Baiklah,
sepanjang bulan ramadan ni kami nak ajak korang untuk selalu bersedekah
sebab amalan ni antara amalan yang terpuji dan semestinya Allah
janjikan ganjaran yang cukup besar buat orang yang bersedekah.
Bila
ke bazar tu, kalau nampak orang yang sangat memerlukan, apa salahnya
kita hulurkan sedikit sumbangan tidak kiralah dalam bentuk tunai mahupun
makanan. #bukanselalu
Nama pun bazar kan.. Jadi memang ramailah manusia dan bila mana ada manusia mesti banyak juga kenderaan. So bila datang bazar kenalah ada sifat saling faham memahami lagi-lagi bab parking kenderaan.
Jangan
pula korang tawaf sampai 10 – 15 kali dalam bazar tu. Kalau boleh dah
beli apa yang korang perlukan terus balik ke rumah, so korang pun ada masa bersama tersayang menyediakan tempat berbuka puasa barulah bahagia rumah tangga.
P/S : Ha kan elok macam ni boleh bagi peluang dekat orang lain untuk parking pula.
Sila
ambil perhatian ye buat semua yang suka masuk ke bazar ramadan tu, sila
berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling korang. Sebab maklum
sajalah dalam bazar tu macam-macam jenis manusia, jadi seeloknya kita
berjaga-jaga sebelum menyesal.
Kami
cadangkan korang bawa wang secukupnya dan tak perlu bawa bag dompet
atau tas tangan masuk bazar ye. Tak kan la bawa kad debit masuk bazar
kan? He..He..He.So fikir-fikirkanlah.
Okay seterusnya eratkan hubungan silaturrahim sesama manusia, tak rugi pun kan. Mana tau dapat kuih free daripada peniaga kuih muih sebab korang mesra dengan mereka.
Maklum sahajalah bulan puasa ni memang korang akan nampak insan-insan yang cuba berubah kearah kebaikkan, so kita ni bila lagi? He..He..He insya’allah pelan-pelan kayuh.
P/S: Dapat kenal dengan ayah mertua dekat bazar pun apa salahnya..eh!
Bila berpuasa ni, nafsu makan memang membuak bila melangkah masuk ke bazar ramadan. Eleh tak nak mengaku la tu, chill la kami pun rasa apa yang korang rasa. He..He..He.
Ni
kami nak pesan sebelum masuk bazar tu jangan lupa senaraikan apa yang
korang perlukan sahaja. Jangan la sampai setiap kedai nak diterjah nanti
takut terlepas waktu berbuka.