SUBHANALLAH..... Adakah Anda Pernah Makan Ayam Tiruan Dari negeri ini..???
Umat
Islam di negeri ini dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli ayam
proses di pasar-pasar ekoran rampasan bekalan ayam import 1 tan dari China menggunakan sijil halal palsu.
Satu
sumber memberitahu, ketika ini Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan ke
atas sebuah syarikat makanan sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil
halal palsu untuk menjual ayam yang diimport dari China.
Kata
sumber itu, penipuan tersebut terbongkar selepas sepasukan pegawai
penguat kuasa JKDM, JAIS dan Jabatan Veterinar Sarawak menahan sebuah
kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini pada pukul
8 pagi, Selasa lalu tetapi diisytiharkan sebagai sayur brokoli dari
China.