#Amman: Seorang penulis, Nahed Hattar ditembak mati di luar mahkamah ketika menghadiri perbicaraannya atas tuduhan menghina Islam di sini, semalam.#
#Nahed, aktivis terkemuka yang menyuarakan sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara di Syria, ditahan selepas memuat naik karikatur memaparkan lelaki berjanggut dan merokok di atas katil bersama dua wanita dengan dialog meminta ‘Tuhan’ membawanya wain dan kacang gajus.#
#Lukisan kartun itu menimbulkan kemarahan kumpulan konservatif Islam di Jordan yang menganggapnya menghina Islam.#
#Pihak berkuasa Jordan menuduh Nahed melanggar undang-undang apabila memuat naikkan gambar berkenaan di media sosial.#
#Nahed sebelum ini mendakwa kartun berkenaan ditujukan kepada militan Negara Islam (IS) yang mengganas di Iraq dan Syr#