Tak Tahan Di TEGUR Abby Abadi, Ini Kata-Kata PEDAS Mas Idayu Yang Buat Ramai GELENG KEPALA !!! | Dunia hiburan ini sememangnya sentiasa panas dengan pelbagai kontroversi yang baik mahupun yang tidak sehinggakan kadang kalanya sentiasa panas dengan isu-isu yang di rasakan terlampau kecil tapi sengaja nak di perbesarkan hanya untuk mencari publisiti sementara.#
Itulah yang terjadi antara kisah Abby Abadi dengan Mas Idayu yang telah menjadi viral baru-baru ini selepas Abby Abadi dikatakan menegur penyayi dangdut itu kerana video di program reality Diari Akademi Fantasia menjadi panas selepas Mas Idayu berpelukkan bersama pelajarnya.#
Hanya kerana tidak boleh menerima cara teguran Abby menyebabkan Mas Idayu telah tampil dengan kenyataan yang panas dan sentap buat Abby Abadi kerana di katakan menegurnya dengan cara yang tidak betul. Saling mengingati itu tidak salah tapi biarlah kena pada caranya, kata yang di tujukan khas buat Abby oleh Mas Idayu.#
Mas Idayu telah menganggap Abby Abadi hanya ingin menumpang popularitynya dengan sengaja memperbesarkan kejadian berpelukkan antaranya dengan pelajar AF dan mengatakan lagi bahawa jika Abby Abadi itu baru setahun jagung menjadi baik tak perlulah riuhkan sampai sekampung tahu. Kredit:-Wartawan Jalanan