Berita penyebaran gambar bogel yang didakwa mirip pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime sejak dua minggu lalu turut mengheret nama pelakon Ammar Alfian.#
Pelakon drama Sahara itu dituduh menjadi dalang berdasarkan mesej yang dihantar Idris kepadanya.
Bagaimanapun, Ammar, 29, menafikan perkara berkenaan sebaliknya mempersoalkan sikap rakan karibnya itu yang cuba memanipulasikan isu terbabit dengan menyalahkan orang lain.#
Pada masa sama Ammar yang kebetulan pulang ke tanah air bersama isteri, Nelissa, 25, pada 8 September lalu tidak terkejut dengan perkhabaran itu.#
“Sebelum berkahwin lagi saya sudah bercerita kepada isteri perangai dan gaya hidup saya dari A sampai Z. Bukan apa, saya tidak mahu menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia dan keluarganya. Pendek kata saya berjanji menjadi lebih baik.#
“Perkara yang dikongsi termasuk gosip mengatakan saya memiliki video seks bersama Idris dan Atikah.#
“Jadi apabila dia dapat tahu timbul cerita lain berkenaan gambar bogel, dia tak terkejut.#
“Cuma dia bertanya kenapa saya pula yang dituduh sedangkan gambar itu memaparkan Idris dan Atikah? Dalam perkara ini dia sangat terbuka kerana sudah tahu saya macam mana,” katanya.#
Sambung Ammar, isterinya turut menasihati dia agar berdiam diri bagi mengelakkan keadaan bertambah rumit.#
Namun tindakan Idris yang muncul dalam program Hlive! dengan memberi kenyataan seolah-oleh mengaitkan Ammar membawa kepada pendedahan mesej Idris yang dihantar kepadanya.#
“Saya memberitahu isteri, ramai orang suka menjatuhkan hukuman sekiranya seseorang berdiam diri apabila dikaitkan dengan sesuatu isu.#
“Justeru saya tampil mendedahkan tuduhan yang dilemparkan Idris kepada saya.#
“Ikutkan saya tak nak mencampuri urusan mereka tetapi disebabkan kenyataan Idris mengatakan apa yang berlaku berpunca daripada ‘musuh dalam selimut’, saya tak boleh duduk diam. Saya perlu mempertahankan diri saya,” katanya.#
Ulang-alik ke Australia
Berkongsi mengenai kehidupan peribadinya, Ammar yang berkahwin pada 6 Mac lalu di Johor Bahru memaklumkan dia kini berulang-alik ke Australia kerana dalam proses permohonan pemastautin tetap di negara itu.#
“Salah satu sebab saya pulang ke tanah air kerana isteri mendapat tawaran kerja di sebuah stesen TV sebagai pembaca berita.#
“Selain itu saya sibuk menguruskan perniagaan dan ada perancangan menerbitkan filem.
“Isteri pemastautin tetap di Australia manakala saya pula baru nak buat permohonan. Jadi, saya kenalah berulang-alik selama dua tahun sebelum permohonan diluluskan. Ini kerana syarat yang diberikan adalah saya perlu berada di sana,” katanya.
Ammar yang juga pelakon drama Puteri Gunung Ledang - Aku Telah Jatuh Cinta memberitahu sepanjang berada di Australia, dia bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah.#
“Di sana saya bekerja sebagai buruh yang mengangkat barang orang yang berpindah rumah. Saya buat kerja ini sejak enam bulan lalu. Di sana saya bekerja tiga hari seminggu. Gaji yang diberikan pun berbaloi.#
“Untuk tempoh tiga hari itu saya dibayar lebih RM3,000. Walaupun kerja berat, saya gembira dengan kehidupan sebegini,” katanya.#
Mengenai cahaya mata pula, Ammar dan isteri masih merancang dan menetapkan tempoh setahun lagi. -Sudirman Mohd Tahir#