(TIPS TRENDING) - "Saya Dah Amalkan Dan Berkesan," Tumbuhan Liar Tumbuh Disekitar Rumah Kita Ini Mampu Jadi Penawar Denggi?

"Saya Dah Amalkan Dan Berkesan," Tumbuhan Liar Tumbuh Disekitar Rumah Kita Ini Mampu Jadi Penawar Denggi?

Ramai antara kita tidak tahu yang sebenarnya banyak tumbuhan herba berkhasiat diangap pokok liar sebenarnya tumbuh di sekitar rumah.
Pernah admin ketengahkan sebelum seperti pokok sirih air, atau dikenali sirih Cina atau ketumpang yang mempunyai begitu banyak khasiat tetapi kita hanya nampak dia sebagai tumbuhan liar yang patut dihapuskan sedangkan ianya mempunyai begitu besar manfaat.
Disekeliling rumah kita terutamanya di kampung, kalau diperhatikan betul-betul mesti akan pokok herba hidup liar ini seperti Dukung Anak, Ati-Ati, Ketumpang, Bayam Duri dan pelbagai lagi.
Sejenis lagi pokok yang dikatakan mampu menjadi penawar denggi selalu tumbuh bersama rumput di sekeliling rumah kita iaitu pokok Rumput Sepagi yang juga dikenali dengan nama sawi langit atau rumput tahi babi kerana tumbuh liar di merata kawasan lapang.
Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Azrah Haji Sulaiman beliau menceritakan mengenai pengalamannya yang telah pun mengamalkan untuk merawat denggi.
Jom kita baca.

Rupanya pokok ini mustajab..

Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi. Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. 

Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar wat.

Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yg dikutipnya di tepi-tepi rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.

Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah..

Cara consume: 

Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar. Kemudian tapis, dan minum. Rasa? Suami ckp, rasanya mcm air tebu. Berapa sudu gula? Secukup rasa. Jangan sampai kena kencing manis plak.

Rumput sepagi.
Berikut adalah perkongsian lain yang admin jumpa di facebook.


Hasil carian kami mengenai pokok ini, ternyata ia memang tergolong dalam kategori herba dengan nama saintifiknya Vernonia cinerea.

Memetik tulisan dari pengeluar ubatan terkenal Himalaya, pokok yang dikenali sebagai Purple Fleabane ini memang boleh merawat demam.
"Purple fleabane adalah tumbuhan dengan pelbagai manfaat perubatan. ia mampu untuk merawat Hipotemia, mengurangkan suhu badan bila demam dan membuang toksin dengan meransang pengeluaran peluh."

"Ia juga boleh merawat masalah pundi kencing, membersihkan darah dan merawat penyakit 'colic'." tulis laman perubatan berkenaan.
Selian itu herba ini mampun mengubati masalah usus seperti cirit birit dan kekejangan perut selain merawat masalah berkaitan kencing.
Memetik laporan di wikifoundry, kandungan utama herba ini adalah Alkaloids, Saponin dan Triterpinoid di mana di China tumbuhan ini digunakan untuk merawat batuk, selsema, demam, cirit-birit, hipertatis dan gigitan ular.
Memetik tulisan Institute Of Ayurveda pula, herba ini turut digunakan dalam perubatan Ayurvedic iaitu untuk merawat Demam, oedema, tahan sakit, buasir, kekurangan zat makanan, dysuria, penyakit kulit, luka, insomia, demam kuning dan penyakit cacing.
Bagaimanapun kami tidak menjumpai part yang tumbuhan herba ini mampu menambah platlet darah seperti yang dinyatakan. - Siakapkeli.my
Amaran
Jika was-was, ibu mengandung dan bayi jangan mencuba atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close