Inilah Perbualan TERAKHIR Dan PETANDA Allahyarham Dato’ Dr. Haron Din Akan Berkelana Jauh. – Dato’ Hassan Din
Inilah Perbualan TERAKHIR Dan PETANDA Allahyarham Dato’ Dr. Haron Din Akan Berkelana Jauh. – Dato’ Hassan Din |
Sudah seminggu Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang mengagumi keperibadian Allahyarham semasa hayatnya.#
Kisah ini dikongsikan oleh seorang wartawan yang sempat menemubual adinda kepada Allahyarham, iaitu Dato’ Abu Hassan Din. Menurut Dato’ Hassan, ada sesuatu yang dianggap aneh telah diungkapkan oleh abangnya sebelum Allahyarham pergi menghadap Ilahi. Sungguh, perbualan terakhir antara Dato’ Hassan dengan almarhum abangnya itu sangat sebak dan menyentuh perasaan!#
PERBUALAN TERAKHIR HASSAN-HARON DIN#
“…dia membayangkan seperti salah seorang akan pergi, dan rupa-rupanya dia yang pergi…”#
Pengalaman saya menemu ramah Dato Abu Hassan Din masih belum lengkap saya nukilkan.#
Sebelum ini, saya kongsikan bagaimana beliau memaparkan ketenangan dalam menghadapi kehilangan abangnya. Kita dapat lihat bagaimana tembok keimanan mampu memagari kepiluan hati dalam menghadapi kehilangan.#
Dalam temu ramah sama, ada perkara dikongsi Dato Hassan, yang beliau anggap pelik, kerana tidak pernah abangnya ucapkan.#
Kita semua tahu, Allahyarham Dato Dr. Haron Din sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di San Francisco. Menurut Dato Hassan, sudah 4 kali pembedahan yang abangnya lalui. Tetapi pemergian kali ini, bukan untuk pembedahan.#
“Pemergian kali ini kurang merisaukan jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Kali ini tidak melibatkan pembedahan. Hanya rawatan angiogram. Jadi kami ahli keluarga taklah risau sangat”, kata Dato Hassan.#
Walaupun begitu, sebagai adik, beliau tetap melawat abangnya sebelum Dr. Haron berkelana jauh ke California. Dalam perbualan terakhir antara mereka, Dato Hassan menyifatkan perbualan itu hanya perbualan biasa seperti adik-beradik biasa.#
Ada perbualan yang dianggap pelik bagi Dato Hassan. Beliau mendengar sesuatu yang tidak pernah Dr. Haron sebutkan sebelum ini.#
“Keluarga belah mak kita ramai di Perlis. Kakak mak kita (ibu saudara) yang kami panggil Wa, ramai anak-anaknya dah meninggal dunia. Adik mak yang lagi seorang, Mak Teh juga ramai anak-anaknya sudah meninggal. Keluarga kita belum lagi ada yang meninggal.”#
Dato Hassan mengulang semula dialog abangnya itu, “Keluarga kita belum lagi ada yang meninggal. Memang kami 10 beradik masih belum ada yang meninggal dunia. Dia membayangkan seperti salah seorang akan pergi… dan rupa-rupanya dia yang pergi.”#
Beliau tidak menyangka itulah perbualan terakhir mereka.#
“Dia pergi saat semua orang perlukan dia. Dia pergi ketika rakyat Malaysia masih perlukan dia. Dia pergi waktu kami ahli keluarga masih perlukan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia”, ujar Dato Hassan sambil tersenyum.#
Selepas pemergian abangnya, Dato Hassan teringat kembali kata-kata abangnya itu dan ketika itulah beliau sedar, perbualan itu merupakan petanda.#
Petanda yang abangnya akan berkelana jauh, sejauh-jauhnya.#
Al-Fatihah Buat Almarhum Tuan Guru Haron Din. Kami Merinduimu…#