Wanita OKU Minta Tempat Duduk Di LRT. Ini RESPONS Anak2 Muda Yang Buat Ramai MARAH !!! | Ramai masyarakat kita mengaku diri mereka maju, selari dengan kemajuan negara ini. Namun, benarkah dakwaan mereka itu atau hanya sekadar cakap kosong sahaja?
Ya, hanya 30% sahaja yang pemikiran mereka kelas pertama, bakinya masih mundur dan mementingkan diri. Dari soal sampah pun dibuang merata-rata, hinggalah sifat kemanusiaan itu sendiri hilang dari dalam diri mereka.#
Antara luahan golongan OKU dari FB Zeeda Aziz:#
“Aku Orang Kurang Upaya (OKU), jalan pun guna crutches. Bila naik komuter atau LRT, orang tolak-tolak itu sudah tentu terjadi. Kita berdiri terpacak di depan tempat duduk OKU,mereka berpura-pura tidur. Bila minta, buat muka najis berat.#
“Kemudian, ada seorang pakcik tua bangun dan menawarkan tempat duduknya. Kita pula segan sebab dia tua. Tetapi dia takut kita terjatuh dan kita pula takut dia sakit lutut. Sudahnya saya menolak saja dari duduk sebab tak sampai hati. Ini yang berlaku setiap hari.#
“Jauh berbeza dengan pengalaman aku di Perth, Australia. Melangkah masuk saja ke dalam bas awam (Cat Bus), boleh dikatakan hampir semua penumpangnya berdiri menawarkan tempat duduk. Bila aku menolak pelawaan mereka, pemandu bas boleh pula berkata, ‘”I’m not going to move this bus until you have your sit, mam,”. Okay, malu. Perkara seperti ini tidak akan berlaku di negara kita,” katanya.#
Luahan Zeeda itu tersebar di media sosial dan ramai netizen yang melahirkan rasa simpati terhadapnya meskipun tidak dipinta. Malah, netizen turut berkongsi pengalaman ahli keluarga atau sahabat berstatus OKU ini, ditindas oleh golongan yang mementingkan diri ini.#
Justeru, bagaimana lagi cara atau tindakan untuk menyedarkan golongan yang gemar menindas dan menafikan hak warga OKU ini? Berubahlah, jangan sampai diri atau ahli keluarga anda sendiri yang menghadapi situasi seperti ini, barulah anda sedar dengan kesilapan diri. Kredit FB Zeeda Aziz via Reporter.