Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibunya yang berusia 60 tahun duduk di bahagian bonet kereta sepanjang perjalanan jauh.#
Lelaki terbabit dilaporkan menyuruh ibu kandungnya duduk di bahagian belakang kereta agar anaknya boleh di kerusi tengah dengan selesa tanpa perlu mengerekotkan badannya.#
Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Wilayah Jiangxi ke Wilayah Hubei pada Rabu lalu. Mereka berhenti di check point pemeriksaan polis untuk pemeriksaan rutin.#
Pemandunya, Encik Liu dan isterinya duduk di bahagian hadapan. Manakala anak lelaki mereka berbaring di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan polis menemui seorang wanita warga emas duduk di bonet belakang.#
Apabila ditanya, Liu memberitahu dia telah meminta ibunya duduk di bahagian bonet agar anaknya boleh berehat dengan betul dan selesa di tempat duduk belakang.#
Atas dasar tidak selamat, polis mengarahkan ibu Liu keluar dari bonet kereta dan polis mengambil tindakan terhadap Liu.#
Bagaimanapun, wanita itu cuba memujuk polis agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anak lelakinya itu. Lagipun dia tiada masalah duduk di bahagian bonet belakang.#
Apa yang menariknya, kereta yang dipandu oleh Liu itu juga sebenarnya dibeli oleh ibunya sendiri untuk Liu.#
Gambar yang tersebar di laman sosial negara itu mencetuskan kemarahan netizen dan mengecam Liu sebagai anak derhaka.#
“Anak yang kejam! Saya tidak pernah melayan ibu saya seperti itu,” kata Bing.#