(Video) Haiwan Ganjil Suara Menakutkan Ditangkap Di Indonesia !


BEBERAPA rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil malah kedengaran suaranya sangat menakutkan berjaya ditangkap oleh segelintir penduduk di Indonesia.
Menurut laporan media tempatan, lokasi rakaman tersebut bagaimanapun tidak pula dimaklumkan namun apa yang pastinya haiwan itu ditemui penduduk ketika berada di pinggir longkang.
Menurut penduduk, haiwan itu tidak ganas dan bukan pemakan daging tetapi penduduk tetap berhati-hati kerana masih belum diketahui dengan jelas sama ada ia boleh menyerang manusia atau tidak.
Menerusi rakaman video amatur itu, kelihatan haiwan nadir tersebut yang mempunyai bulu seakan-akan seperti bulu kucing dan binatang pelik berkenaan juga dikatakan boleh terbang.
Lebih aneh, kepalanya pula berbentuk seperti tikus sawah. Jom lihat video di bawah ini!
Kredit– MYNEWSHUB.CC

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close