Sekarang ini kecoh apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah membuat dakwaan bahawa anak kandung Datin Rosmah Mansur dengan suami pertamanya iaitu Riza Aziz telah 'mencuri' wang rakyat Malaysia yang dialihkan melalui 1MDB.
Berdasarkan laporan sidang media tersebut, Riza didapati telah menggunakan wang berkenaan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills serta menghasilkan filem blokbuster The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.
Gara-gara isu ini, adik kepada Riza Aziz iaitu Azrene Suraya Ahmad Aziz telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman Instagram miliknya. Azrene yang juga merupakan isteri kepada Dato Fadzley Yaakob turut mendedahkan kehidupan keluarganya itu.
Jom baca penjelasan dari beliau.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga saya di atas kebimbangan anda pagi ini. Bagi mereka yang bertanya bagaimana saya rasa tentang apa yang sedang berlaku pada masa ini, di sini adalah kenyataan rasmi saya:
Riza masih merupakan seorang yang kami semua sangat kasihi. Malangnya, kasih yang dicurahkan tidak cukup untuk dirinya dan orang-orang di sekelilingnya. Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan.
Dia kini sedang membayar harga untuk itu. Jika Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan yang rakyat Malaysia harapkan dan keadilan yang keluarga saya pinta melalui doa pada setiap malam selama ini, maka USA sudah pun menunjukkan jalan - dengan cara tersendiri yang hanya mereka dapat tafsirkan.
Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya merupakan kambing hitam dalam keluarga. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya. Orang ramai boleh kata saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini, tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.
Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mengaut keuntungan daripada dana yang dicuri, dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu. Jika dia bertindak sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya, dia perlu membayar untuk semua perbuatannya.
Tidak kiralah apa sebab dia lakukannya sekali pun, jika ia menyakitkan negara dan rakyat, ia adalah salah. Yang salah mesti diperbetulkan.
Pada masa sama, Azrene turut meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan ibunya itu, Datin Rosmah terhadap apa yang terjadi pada hari ini.
Engkau telah mengabaikan seorang anak pada kos yang besar dan merugikan. Engkau telah menggunakan dan menggerakkan sumber kerajaan untuk melampiaskan keganasan bagi mengganggu gugat kami semua lebih sepuluh tahun kerana berdiri untuk apa yang kami percaya benar.
Jangan sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas. Sudah tiba masanya untuk ENGKAU melangkah ke hadapan dan lakukan apa yang betul. Be. A. Mother.
"Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya menjadi miliknya."
Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab.
Jika Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya, anggaplah hutangnya dengan syaitan telah langsai dan akan dikutip lagi.
Begitu juga, semua ahli keluarga yang telah menyerahkan jiwa mereka kepada syaitan, masa anda akan tiba.
Harga yang saya perlu bayar supaya suami saya, keluarga saya dan anak-anak saya boleh tidur nyenyak pada waktu malam dalam keadaan aman dan selamat adalah menyaksikan sendiri ahli keluarga saya yang saya tinggalkan 10 tahun lalu membayar harga untuk salah laku mereka.