Gambar Hiasan
Hidup tanpa agama umpama rumah siap tapi tiada lampu, hidup tanpa agama juga umpama hidup di dunia tanpa cahaya, kerana agama itulah nur atau cahaya yang menyuluh kita kepada kebenaran dan membimbing kita supaya menjadi insan yang baik.
Ramai kita lihat kini semakin ramai ummat kita yang jahil telah kembali kepada agama sebagai panduan hidup dan ada juga semakin ramai mereka yang hanyut dek kesenangan dan keseronokan dunia.
Namun, percayalah, bagi mereka yang terus bersama keseronokkan dunia tanpa mengamalkan agama, hidup mereka kosong walaupun kaya raya.
Seorang lelaki menceritakan kisah hidupnya yang mencari agama selepas berasa kosong, jiwanya kosong walaupun mempunyai banyak duit, apa yang beliau hendak dapat.
Jom kita baca kisahnya.
Assalamualaikum..
“Ada orang, Allah bagi dia, mudah sangat agama tu sampai pada dia.. Dan ada orang, masih tercari-cari, masih lagi berusaha keras agar agama tu sampai pada dia.”
Dalam hidup aku, bolehlah dikategorikan sebagai orang senang, mewah.. Apa je yg aku nak, alhamdulillah, bleh dikatakan semuanya aku mudah sangat nak dapatkan ataupun beli. Otak pandai, cerdik.. Selalu dapat antara top student, anugerah. Keluarga pun kaya. Boleh dikatakan kehidupan dunia aku memang terlampau sempurna.
Tapi, kat satu sudut, kehidupan akhirat aku sangat compang-camping.. Aku tak pandai baca quran. Aku solat, tapi, solat aku pkul 2 atau 3 pagi men’jamak’kan kesemua solat 5 waktu.. Qada’.
Aku bukannya taknak belajar baca Quran, tapi sebab aku tak tahu nak belajar dengan siapa. Doa qunut pun aku tak reti.
Ada certain point dalam hidup kau, kau rasa kau dah ade semua benda.. Kau ada segala-galanya.. Tapi, hati kau tetap kosong. Rasa ada benda hilang. Saat tu, kau sedar.. Kau perlukan Allah dalam hidup kau. Hidup kau perlukan Allah. Hati kau meronta nakkan Allah.
Aku start baca terjemahan.. Tak reti arab, aku baca maksud. Tiap2 malam lepas qada’ solat, aku nangis.. Aku tahu aku banyak dosa. Start nak berubah, aku start solat maghrib.. Solat zohor, asar aku solat kat tempat aku belajar. Sebab aku tahu, balik bilik, belum tentu aku solat. Lepas maghrib, aku try baca yassin.
Satu kelebihan aku yg Allah bagi, aku mudah hafal benda yg aku dengar.. Aku beli yassin yg ade tulisan melayu tu.. Start belajar dari situ. Dari youtube, mp3.. Then, satu hari ni, aku terjumpa kertas, ade tulis tentang bunyi-bunyi dalam Quran.. Kalau kat atas huruf ade ‘wau kecik’, cara baca ‘Uu’..
Baris atas akan jadi ‘a’.. Baris bawah akan jadi ‘i’.. Kalau ada baris yg ada dua tu, akan jadi ‘an’ atau ‘in’.. Dari kertas tu, alhamdulillah, Allah jumpakan aku dengan kertas tu.. Aku start baca quran, sikit demi sikit.. Aku belajar sendiri, dengar kat youtube.. Aku start belajar yassin, sebab aku nak baca yassin utk family aku.. Hari-hari aku baca tafsir al quran yg tebal tu.. Aku suka kisah-kisah dalam Quran tu. Tiap2 lepas maghrib, aku baca yassin.. Nak habiskan surah yassin tu pun dah makan masa 2 jam.. Tiap-tiap hari aku baca.
Tujuan aku nak tulis ni, bukan sebab nak tunjuk amal aku..
Tapi, aku cuma nak cakap,
“Ada orang, Allah bagi dia, mudah sangat agama tu sampai pada dia.. Dan ada orang, masih tercari-cari, masih lagi berusaha keras agar agama tu sampai pada dia.”
Bersyukurlah.. :)
Alhamdulillah, aku dah pandai solat. Pandai baca doa qunut. Pandai baca Quran sikit-sikit..cuma kali ni, berguru dengan kawan-kawan seusrah. Hehe. Makhraj, panjang pendek, masih perlu diperbaiki..
Dan, nak tahu, aku selalu doa dulu.. “Ya Allah, ajarkanlah aku al Quran ni.. Aku tak pandai baca. Maafkan aku, memang aku baca banyak salah. Tapi, Kau terimalah ya Allah. Meskipun banyak cela.”
Dan aku selalu jugak doa,
“Ya Allah, jadikanlah aku orang yg terbaik dalam kalangan aku. Perbaikilah akhlakku, muliakanlah peribadiku.. Jadikanlah aku kesayanganMu.. Jadikan aku mencintai Kau, dan Kau pun mencintai aku.. Jadikan aku redha kepada Engkau, dan Kau pun redha pada aku..”
Senyum.
Alhamdulillah, Allah jumpakan aku dengan jalan Dakwah dan tarbiyyah..
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
Akhi, akhwat.. Allah sentiasa memeliharamu.. Rasakanlah tarbiyyah Allah. :)