GEMPAR !! TERJUNAN TERAKHIR SEORANG WANITA di HUTAN LIPUR BUKIT LAGONG !!

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tindakan seorang wanita terjun semula ke dalam sungai di Hutan Lipur Bukit Lagong, Selayang dekat sini mengundang padah apabila dia dihanyutkan arus air petang tadi.
Mangsa, V. Harihanan, 18, yang beralamat di Taman Feldason, Kepong disahkan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam selepas dibawa ke Hospital Selayang oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa bersama lima rakannya telah pergi ke kawasan perkelahan Bukit Lagong untuk mandi kira-kira pukul 3 petang.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang, semasa mereka sedang bersiap untuk pulang, mangsa tiba-tiba terjun semula ke dalam sungai dan terus tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ali, mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
Ujarnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close