pemburu pokemon redah mereka yang sedang bermain.
Fenomena permainan Pokemon Go nampaknya kini sedang hangat diperkatakan, ia seolah-olah menjadi fenomena semasa di beberapa buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Di Malaysia, permainan ini dilihat lebih mendatangkan kemudaratan dari kebaikan, namun masih ramai yang bermain kerana tiada undang-undang Malaysia yang menghalang permainan berkenaan.
Sehingga kini permainan ini mempunyai ramai peminatnya di seluruh Malaysia, namun kalau dilihatkan kepada permainan ini tidaklah memudaratkan tetapi sikap masyarakat itu sendiri yang menjadikan ianya memudaratkan.
Seperti kisah yang diceritakan oleh Syahril Anuar Mohamad di mana beliau melahirkan rasa kecewa dengan peminat Pokemon go ini, mana tidaknya, semalam Taman Jaya yang terletak di Petaling Jaya telah menjadi tumpuan ramai pemburu Pokemon.
Menurut beliau, ketika dia, keluarga dan orang lain sedang beriadah, tiba-tiba kehadiran pemburu pokemon ini telah merosakkan keadaan seperti Zombie, redah orang main badminton pun ikut suka tanpa rasa bersalah, orang yang beriadah dengan keluarga pun terganggu.
Jom kita baca.
Since #A*******i pun dah release pasal KEBANGANGAN manusia yang main Pokemon Go kat Taman Jaya petang semalam...so Abam Ril pun nak release jugak video yang Abam Ril rakam sendiri dalam tengah nak marah tu sempat gak record...
Dorang nie memang bangang yang sangat bangang...langsung tak reti hormat orang...punyalah ramai...memang kurang hajar....ada yang sorang2...ada yang dengan kawan2...yang paling bangang dengan family...mak bapak bangang mengalahkan anak....pasal bangsa malas nak sentuh...iols boleh tengok sendiri...3 bangsa utama sama ada...tapi yang paling ramai tu lah paling tak reti nak hormat orang semalam..
Abam Ril tak sempat nak amik video masa dorang mula2 serbu kawasan tu...kawasan tempat orang beriadah dengan family ngan anak2 kecil dok main kat tengah tu...gerombolan dorang datang buatkan ramai parent tiba-tiba lost vision kat mana anak dan keluarga masing-masing...anak dan wife Abam Ril tengah main badminton pun diaorang redah gitu jer...nasib baik anak yang kecik dok dekat ngan Abam Ril...