Berang ditahan dalam sekatan jalan raya, sepasang suami isteri 'naik minyak' dan memaki hamun anggota polis yang menahan mereka, malam semalam. Tidak cukup dengan itu, pasangan terbabit turut bertindak mencederakan anggota polis bertugas, termasuk menggigit lengan dua anggota polis bertugas.. Tindakkan Anggota polis TERSEBUT sangat MENGEJUTKAN orang ramai... terbaik beb abg polis ni








DUA anggota dari Balai Polis Gita, Kuching menunjukkan kesan kecederaan 

dialami selepas digigit pasangan suami isteri yang ditahan mereka, malam 

semalam. - Foto ihsan PDRM KUCHING: Berang ditahan dalam sekatan jalan 

raya, sepasang suami isteri 'naik minyak' dan memaki hamun anggota polis 

yang menahan mereka, malam semalam. Tidak cukup dengan itu, pasangan 

terbabit turut bertindak mencederakan anggota polis bertugas, termasuk 

menggigit lengan dua anggota polis bertugas. Ketua Polis Daerah Kuching, 

Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika mengesahkan kejadian, 

berkata insiden berlaku ketika dua anggotanya menjalankan operasi cegah 

jenayah di Jalan Matang Baru, di sini. Katanya, anggota terbabit terserempak 

dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan 

sebelum mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan lanjut. "Ketika 

kejadian, kenderaan terbabit dipandu seorang wanita berusia 41 tahun, 

manakala penumpang lelaki berusia 44 tahun dan mereka dipercayai pasangan 

suami isteri. "Anggota terbabit kemudian memeriksa bahagian belakang 

kenderaan itu dan penumpang lelaki tiba-tiba keluar, seterusnya menengking 

dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota bertugas," katanya ketika 

dihubungi sebentar tadi. Katanya, lelaki terbabit yang dipercayai di bawah 

pengaruh alkohol bertindak di luar batasan apabila cuba merampas senjata api 

jwnis HK- MP5 dibawa seorang anggota bertugas menyebabkannya terpaksa 

ditahan. "Melihat keadaan itu, pemandu wanita terbabit meluru ke arah anggota 

bertugas dan berlaku sedikit pergelutan. Ketika itulah, suspek lelaki menggigit 

lengan kiri Konstabel Rasid Harun, manakala suspek wanita mengigit lengan kiri 

Koperal Limsa Zaini. "Namun, tindakan pantas kedua-dua anggota terbabit 

berjaya menahan pasangan berkenaan walaupun mengalami kecederaan," 

katanya. Abang Ahmad ketika mengulas lanjut, berkata pasangan terbabit 

direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 

186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan 

tugas.

Sumber: beritaharian online


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close