"Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya. Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan," kata Ruhainies yang tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain.
Ruhainies yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi bersama suami Adira Suhaimi, Dato Seri Adnan Abu atau Dato Red baru-baru ini, menyatakan bahawa dia kini masih belum berpunya.
Tambahnya buat masa sekarang dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada dunia lakonan.
Malah Ruhainies juga memberitahu bahawa jika dia sudah berpunya, perkara tersebut tidak akan disembunyikan daripada pengetahuan media.
Sumber: Kosmo
credit: www.myartis.com