MashaAllah ...'Kalau Tak Nak Jadi Penjamin, Anak Dalam Rahim Kau, Aku Bagi Ah Long!'..MashaAllah apa punya lelaki la..Apa yang LAKI ni BUAT memang boleh buat isterinya GILA...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLF6SiYqkN_V9dUzgWtLqLEA09sl3ZBjLNwR08jNVVB9tiTVtDK0tZ3TpcRqc1rx1FAEPfIITJixwwCZZnOtPt6hAlnrzYyHqZ_J6m6V2Fk5n7adT-guThv_vtUz5U1n5RHtcHNCDyobkm/s1600/1.png
Saya berusia 23 tahun dan baru saja berkahwin tiga bulan dengan suami yang berusia 28 tahun. Kami berkahwin di atas dasar bercinta selepas nikah. Secara jujurnya saya tidak begitu mengenalinya. Kami berkenalan secara online dan hanya pernah keluar bersama sekali sahaja, dia terus mengajak saya berkahwin.

Saya? Dek terikut-ikut trend kahwin muda ala islamik, bercinta selepas nikah dan tak berfikir panjang, terima saja lamarannya.

Sepanjang perkahwinan, kami duduk berasingan kerana saya masih belajar, manakala dia sibuk mengurus perniagaan kecil-kecilannya sendiri. Makan minum saya pada masa itu, memang ditanggung olehnya tetapi duit poket, langsung tidak diberi. Saya hidup menggunakan duit pinjaman pendidikan sahaja seperti zaman saya bujang.

Kami berjumpa sebulan sekali. Saya faham yang dia pun tak berduit sangat. Lagi pun pejabat dia di Selangor, saya pula study di selatan Semenanjung. Konon-konon mahu menjadi isteri setia di waktu susah, saya pun menerima ketentuan ini seadanya.

Baru-baru ini saya mengalami morning sickness, muntah-muntah dan loya. Period pun dah dekat enam minggu tak datang. Kemudian saya asyik mengidam makanan. Saya menjangkakan yang saya mengandung lalu menghantar mesej kepada suami untuk menemankan saya untuk pergi berjumpa dengan doktor. Tetapi, saya dimarahinya dan mood dia pada ketika itu tidak baik. Kecil hati saya melihat dia tergamak melakukan saya begini.

Sejam kemudian, dia hantar SMS lagi, dia minta gambar kad pengenalan, alamat rumah ibu bapa saya dan suruh saya jadi penjamin. Rupa-rupanya dia dah pinjam duit dengan Ah Long sebanyak RM30,000! Patutlah 2-3 hari ini, bila saya SMS dia, hanya sepatah dua patah saja yang dibalas.

Hancur luluh hati saya. Dia cakap dia tengah serabut sekarang dan dia menuduh saya pula mahu serabutkan fikirannya dengan bercakap tentang anak. Kiranya tersilap masa saya buka cerita yang saya sebenarnya mengandung. Padahal zuriat di rahim saya ini adalah anak dia, bukannya anak lelaki lain.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVi1DHr4U09fst0v5ymQgtplCfV0xyEjXVxALte-qFV6FWXpmTvVRBOI3eJJZMcR3JeqGd1vxVrsCkBm6KM2AIQxAptsJ9Mpez3IQGcyypcHRw4_982-Tb8y5Ji2S6TA9pieq-5FCNq5xQ/s1600/1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgepaLKCVwqfzcNmz-5lsUhukmWK6UYtU5tGHSRkBxnaQMXIkqjZPSfgsae0IyIg0qWC1UR1NU3vib4lHUldP0_iE3kNVP4shA2uEsbmgrWZAdsr6cS9Dpgn81fg81acG4Dgn-SuBShipto/s1600/2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFx7I9HX1P_oFbLGmj5dK5aFPtbe4JcOZX-S-4F-j9nQ0C2f-gu3cxB12J5-DIfeWldw85yKSg2TXIf5fCsvcLgn1iMqLZO5IuAhkETP5ZhygAa7lceIvYSQgsL35bGDNgviBbIbhZGTNU/s1600/3.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfgpDHRmeFbYjSeH-HsZRSutYInnlir9xI_hIRHCEWH6RI_NvX-2dnRVFdxZECoW-2oVraSChT_40nl2sBPPm9fgk9Hd-7IKTSu7dAhBjKJlNmk-1B81t2Y7CpsM0UP5DgFd-5tk-JOfn0/s1600/4.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM-wpuN0I9sEYjpyce8dcH7IsAvspi101jx5rtKbdeEqp1VjIbUlqnL2E9Nl79GosZOoNtq1Rh1KkJSMx_cKedO4tD5f8uyW_O84VBEA1jFwJxnJPxZ0oxBiNhCwtVxeTBk6VZ_CEjxovp/s1600/5.jpg

Sekarang, saya benar-benar tawar hati dan timbul rasa menyesal berkahwin dengan dia. Saya tahu itu dosa tetapi nak buat macam mana? Anda bukannya berada di tempat saya.

Dia kata, kalau saya tidak mahu jadi penjamin, anak dalam rahim saya akan diberikan kepada Ah Long. Mengigil tangan saya mendengar dia tergamak berkata begitu. Saya tak tahu nak fikir apa lagi.

Saya muda, saya naif, itu saya mengaku. Saya belum maklumkan perkara ini kepada ibu bapa sebab takut. Ibu bapa suami pula sudah meninggal dunia. Apa yang patut saya buat? Patutkah saya laporkan kepada pihak polis? Ataupun saya pergi minta fasakh atau beritahu ibu bapa saya? Saya benar-benar buntu. Saya sekarang di rumah ibu bapa saya, cuti semester. Tolonglah.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close