Pencuri Motorsikal Jemaah Masjid Dibelasah Teruk.. Tetapi Alasan Mencuri Kerana Untuk Anak Baru Lahir Buat Jemaah Menyesal



Seorang lelaki berusia 30-an di Tumpat dibelasah orang kampung selepas didapati cuba mencuri motosikal jemaah masjid.. Dia bukan setakat dibelasah jer, malah diletakkan juga di dalam sangkar ayam sebelum diikat pada sebatang pokok..
Berdasarkan sumber, lelaki terbabit dikatakan memasuki perkarangan masjid di Kampung Bukit, Tumpat, kira-kira jam 6 pagi ketika jemaah sedang solat subuh..
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Zamri mengatakan kejadian tu berlaku ketika lelaki tu dilihat sedang menolak sebuah motosikal yang dicuri keluar dari kawasan masjid..
Perbuatan lelaki tu dilihat beberapa orang kampung dan terus bertindak menangkapnya.. Bila dah kena tangkap tu, dikasi pengajaran dulu lah sebelum diserah kepada pihak polis.. Ketika di soal, lelaki tu memberitahu dia mencuri kerana ‘terpaksa’ bagi menampung perbelanjaan isteri yang baru melahirkan anak..
Namun, orang kampung tak percayai apa yang diceritakan lelaki tu dan terus menghubungi polis.. Berdasarkan sumber dari polis pulak, lelaki tu sebenarnya bekas banduan dan memiliki empat rekod jenayah lampau..
So, alasan kata perbelanjaan untuk anak baru lahir tu, hanyalah alasan jer lah noh?? Kononnya tu cuba nak meraih simpati orang kampung lah tu, huh! 

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close