Alahai, memang dah menjadi trend sekarang ke untuk ada ‘relationship goals’ dan ‘body goals’ ni??? Kalau tengok pasangan bahagia, mulalah ada yang sifatkan pasangan itu sebagai ‘relationship goals’.. Ada bentuk badan yang cantik pulak, disifatkan sebagai ‘body goals’..
Suatu ketika dulu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada pernah dikritik hebat sebab peminat sifatkan rupa paras beliau tak cantik dan tak sesuai untuk berkahwin dengan Hafidz..
Tetapi sekarang, pasangan tersebut dikatakan telah mencuri perhatian ramai.. Dan peminat pun dah mula sifatkan pasangan ini sebagai ‘relationship goal’.. Disebabkan pasangan suami isteri ni selalu memuat naik gambar mesra dorang, peminat yang dulunya mengutuk isteri hafidz dah mula memuji kemesraan yang ditunjukkan pasangan suami isteri ni..
Hafidz ada kongsikan gambar mesra bersama isterinya di akaun Instagram.. Gambar yang menunjukkan Hafidz telah mengangkat isterinya dengan menggunakan sebelah tangan saja, telah membuatkan ramai peminat yang ‘tag’ pasangan masing-masing di gambar tersebut..
Menyampah pula Miss A tengok pasangan bercinta kat luar sana, kalau nak ‘tag’ pasangan yang dah berkahwin masih boleh diterima.. Tapi ada pulak yang gedik dok pi ‘tag’ kekasih hati minta kekasih hati buat macam mana Hafidz angkat isterinya itu.. Hahhaha…
Ada juga pasangan diluar sana yang sifatkan Hafidz dan isterinya sebagai pasangan selebriti yang romantik dan ‘relationship goals’ selepas kahwin.. Masa tengah bahagia boleh la ‘relationship goal’, nanti dah bercerai nak panggil ‘goal’ apa pulak??