Pakaikan Lembu Pelekat ‘Glow-in-the-dark’ Atau Pemantul Cahaya Untuk Elak Kemalangan


NEW DELHI: Pihak polis di wilayah Madhya Pradesh, India telah telah mengambil inisiatif memakaikan jalur pelekat yang memantulkan cahaya dalam gelap kepada haiwan ternakan terutamanya lembu bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh pemandu-pemandu kenderaan di sana, lapor RT.

Langkah berkenaan terpaksa diambil berikutkan jumlah kemalangan yang membabitkan haiwan berkenaan begitu tinggi.

“Ramai pemandu yang cedera atau terbunuh selepas terlanggar atau dirempuh oleh haiwan-haiwan ini pada waktu malam. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk mencegah kemalangan seperti ini daripada terus berlaku,” kata seorang pegawai polis di Balaghat, Kailash Chaulan.

Menurut laporan pihak berkuasa sejak hujung tahun 2015 sehingga kini lebih 550 orang telah mati akibat kemalangan dengan haiwan ternakan. - Siakapkeli.my



facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close