Selalunya kita sering mendengar bahawa ramai wanita remaja bernikah dengan lelaki berusia untuk dijadikan pasangan hidup. Tetapi baru-baru ini tersebar di laman sosial apabila seorang lelaki remaja berusia 18 tahun telah menikahi seorang wanita berusia 42 tahun.
Perbezaan usia mereka sebanyak 24 tahun tidak menjadi penghalang buat pasangan ini menjadi suami isteri. Berdasarkan gambar pengantin di laman sosial yang telah dikongsi hampir ribuan pembaca itu pengantin lelaki berasal dari Kg Kekapor Kuala Penyu manakala pengantin perempuan pula dari Kg Mansud Kuala Penyu.
Sememangnya jodoh tidak pernah mengenal usia dan pihak MH Online mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin dan semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.