FOTO TERKINI Seorang Lelaki Telah Mengaku dirinya sebagai NABI ISA dan telah mengeluarkan kata-kata provokasi dan ancaman terhadap polis termasuk mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara... GILA APA orang ini..KORANG TENGOK lah sendiri.



Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Nabi Isa ditahan polis petang semalam dalam pemeriksaan di Jalan Tun Razak, semalam.
Suspek yang memandu kenderaan model Kia Sportage (WWE 3621) ditahan pada awalnya kerana nombor plat tersebut menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun ketika ditahan, suspek telah mengeluarkan kata-kata provokasi dan ancaman terhadap polis termasuk mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekiranya berjaya mengambil alih negara kerajaan.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan suspek lelaki berkenaan.
Katanya, kes itu kini diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan isteri dan anak suspek yang berada di dalam kenderaan itu turut ditahan bagi membantu siasatan


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close