Zain Saidin: Saya Tak Benarkan Sama Sekali Che ta Berlakon



Kejayaan Che Ta menempa dalam bidang perniagaan melalui pelbagai produk ternyata membuatkan nama pelakon terbabit kini mampu berdiri sendiri. Malah menurut suami Che Ta iaitu Zain Saidin juga mahu melihat isterinya itu fokus kepada bidang perniagaan sahaja.

“Pada tahap sekarang, saya lihat Che Ta kena fokus. Beliau tidak lagi perlu berlakon dan terkejar-kejar ke lokasi penggambaran. Sekarang pun orang sudah kenal namanya kalau beliau tidak berlakon sekali pun. Namanya sudah kukuh”

“Beliau sendiri meminati dunia perniagaan sejak dulu dan kini bidang bisnes terus sebati dengan dirinya. Ternyata, perniagaan diceburinya lebih memberikan keuntungan. Jadi sebaiknya dia fokus saja dalam bidang berkenaan,” jelas Zain kepada BH Plus.

Sementara itu, bagi Zain pula, dia tidak menolak tawaran berlakon kerana perkara tersebut adalah minatnya yang utama. Malah Zain yang mempunyai jenama kasut sendiri turut mahu meluaskan pasaran dengan rangakaian koleksi kasut wanita pula.


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close