Aku Anak Bongsu. Tapi Dapat Layanan NERAKA Dari Keluarga !!!


Aku Anak Bongsu. Tapi Dapat Layanan NERAKA Dari Keluarga !!! | Bahagia kan dapat sakitkan hati orang atau buat orang menangis. Ramai cakap adik atau anak bongsu ni manja tapi bukan semua. Saya anak kelima dari lima adik beradik. Tetapi abang dan kakak lebih manja dari saya. Ramai yang ejek dan mengata saya anak manja tanpa tahu hakikat sebenarnya, pedih hati menahan sakit tapi biarlah. Setiap orang ada hak berbicara namun ia ada hadnya. Pedih bila kau digelar anak pungut dan kau terima layanan seperti itu. Hanya diri sendiri saja mengetahui azabnya.
1
Pekerjaan di rumah menjadi rutin harianku kerana aku seorang penggangur sebab ku tahu bekerja atau tidak aku tetap kena mengemas rumah lebih baik aku tidak bekerja. Setiap hari juga kedua ibu bapa memarahiku samaada aku buat kerja atau pun tidak. Mungkin mereka penat bekerja namun bila kakak dan abang ku balik mereka dilayan seperti raja sedangkan aku yang jaga kedua ibu bapaku selama ini.
Bila adik beradik lain minta rm200 mereka bagi tanpa bicara sedangkan aku minta rm2 nak beli santan pun beribu bebelan. Orang gaji pun ada gaji mungkin aku ini kuli atau hamba abdi. Bila dengan adik beradik lain bukan main sopan lagi bahasa tapi dengan aku cakap pun kemain kuat sampai satu taman dengar tak cukup dengan tu selalu doa yang buruk seperti nanti aku kahwin dapat anak yang derhaka, anak yang nakal dan macam-macam. Hati mana tabah setelah 23 tahun bertahan air mata menjadi teman setia.
Mungkin aku tak cantik dan tak pandai macam adik beradik lain walaupun aku degree holder sama seperti lain dan akan langkah bendul tetapi layanan tetap sama. . Kakak dan abang tak pernah nak back up aku selalu buat cerita dan bagi kena marah ada la. Pernah kak bagi pinjam laptop dekat roommate dia pakai pastu rosak ayah gantikan dengan laptop baru harga hampi 3k kalau laptop aku rosak dan bagi kawan pinjam konfem kena hempuk ngan laptop tu balik.
Bila aku sakit sorang pun tak endah tapi bila adik beradik lain sakit semua bagi perhatian mungkin aku ni anak pungut. Sakit atau tak aku buat je kuat sebab aku tahu aku bukan siapa pun dan tak aka nada siapa yang ambil peduli Entah la kenapa nasib aku macam ni.
Aku baru bertunang 1 syawal yang lalu, ramai yang cakap aku ni gatal sangat nak kawin tapi tiada siapa yang tahu aku buat semua ni sebab nak tengok mak dan ayah aku bahagia. Aku tak nak menyusahkan mereka lagi, kesian mereka terpaksa membela anak pungut ni. Maafkan saya bakal suami saya tak tahu kenapa sampai sekarang saya tak rasa apa-apa tetapi terima kasih sebab terima saya. Semua doakan kebahagiaan saya ya.
Mak ayah lagi beberapa bulan saja lagi adik mohon bersabar ya lepas ni adik tak kan muncul depan mak ayah lagi. Adik taip ni dengan air mata tapi adik tahu esok mesti kena marah sebab mata bengkak dan mak ayah akan cakap adik tidur banyak. Mak ayah jangan risau setiap kali solat adik doakan mak ayah masuk syurga tanpa hisab dan adik doa Allah tarik nyawa adik sebelum mak dan ayah sebab adik tak nak semua menangis atas pemergian kalian, semua orang masih memerlukan mak ayah dan adik tahu ramai yang sayang mak ayah tetapi adik tiada siapa peduli kerana adik anak pungut. – lone ranger via IIUM.


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close