HEBAT Mira Filzah kena KECAM sebab PERLEKEH Kerjaya Pejabat !!!


Mengakui mahu mencari kelainan dari segi kerjaya, Mira Filzah ada berkongsi serba sedikit tentang perwatakan serta pencapaian akademik beliau didalam majalah Intrend. Namun Mira dikecam hebat apabila beliau menyatakan tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat kerana menganggap kerjaya itu sebagai sesuatu yang membosankan buat dirinya.

WhatsApp-Image-20160720 (1)
Bagaimanapun kenyataan itu nampaknya mencetuskan kemarahan gadis-gadis pejabat yang merasakan pelakon itu cuba memperlekehkan kerjaya mereka sebagai PTD dengan menganggap kerjaya itu membosankan selain asyik terperap didalam pejabat sahaja. Malah mereka juga turut menjelaskan realiti sebenar pekerja yang bekerja didalam bidang itu.
Namun pada masa yang sama, Mira menerusi akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara itu bahawa baginya kerjaya PTD merupakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah, namun masing-masing mempunyai minat yang berbeza. Bagi Mira, dirinya lebih suka kerjaya yang tidak mempunyai waktu kerja yang tetap seperti bidang lakonan sekarang.
Screen Shot 2016-07-20 at 1.13.37 AM
Apapun mungkin perkongsian Mira terhadap minatnya didalam sesuatu kerjaya tidak bermaksud untuk memperlekehkan mahupun menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mungkin sikap terus terangnya telah disalah erti, tetapi apa yang pasti setiap kerjaya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tidak perlu dibandingkan.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close