Aku dah ler Jenis Tak Berduit .. Bila aku jumpa lelaki Ini LEpas tu aku sedekah.. Aku tekan Saja MEsin Atm .. MAk Oiii.. Macam nak pengsan !!


Gadis Ini Beri sedekah Kepada Beberapa Orang, Selang Beberapa Hari Dia Dapati Sesuatu Yang ANEH Berlaku !!! | “Assalamualaikum semua. Bila terbaca post2 kat sini yg berkongsi pelbagai cerita, tergerak jugak hati nak berkongsi sesuatu yang ajaib pernah terjadi dalam diri.
sed
Ok. Pertama sekali, selalu kan kita dengar bahawa kita jangan kedekut utk bersedekah kpd sesiapapun yg memerlukan.InsyaAllah besar pahalanya. Betul ? Saya nak berkongsi bagaimana Allah gandakan nilai yg saya dermakan dalam masa yang singkat.
Ianya terjadi pada 2 tahun lpas, ketika saya dan kawan2 nak pergi beli tudung2 nak meniaga kat kolej. Almaklumlah student kan hehe. Jadi pada masa tu , saya dan dua org lagi kawan baik saya bersetuju nk buat bisnes tudung tu. Esoknya kami pun bersetuju nak pergi cari tudung tu dekat Jalan Tar, Masjid India. Sebenarnya duit x de sgt pun dlm poket masa tu. Kami bercadang untuk kongsi Rm100 seorang sebagai modal. Dalam bank saya dua hari lepas, cuma ada Rm200 ja untuk saya bertahan sampai abis sem tu (sebab tu la nk buat bisnes haha). Jadi, bila sampai je kt situ, masing2 pun carik atm nk keluarkan duit. Bla saya cek amount akaun saya, saya terkejut sangat sebab nilai yg ada dalam akaun saya berjumlah RM1200. Pertambahan sbnyak rm1000 . Mula2 saya heran, mana datangnya duit sebegitu banyak. Tiba2 baru saya teringat, mak saya ada bagitau yang ayah saya ada apply bantuan pengajian untuk bekas anak tentera. Mungkin ni lah duitnya. MasyaAllah, perasaan masa tu gembira sgt sbb rezeki bertambah.
Kemudian terlintas di fikiran saya, mungkin ini balasan rezeki dr Allah SWT bila beberapa minggu sebelum tu, saya ada transfer duit untuk beberapa akaun orang yg memerlukan dana. Contohnya macam adik kecil yg nak buat pembedahan pemindahan organ, warga emas yang susah ( kes2 yg viral di fb la mostly) . Memang tergerak hati saya bila terbaca kisah2 dorang kat fb ni. Sedih sangat. Saya transfer x banyak pun, ada yang rm10, ada yang rm2 atau rm5, ikut kemampuan saya. Dan Alhamdulillah, ajaibnya sedekah itu. Allah bagi balik berlipat kali ganda besarnya. SubhanaAllah.
Sikit atau bnyak nilai sedekah itu tak menjadi ukuran, asalkan niat di hati tu ikhlas. Saya berkongsi kisah ni, bukan nak riak takbur atau apapun. Tapi inilah yang saya rasa bila bersedekah. Manisnyaa Ya Allah.. Jom ramai2 bersedekah, InsyaAllah kaya di dunia dan akhirat. Amin”. -Bukanbudaksurau- Kredit:-

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close