(KINI TRENDING) - Sejak Peristiwa Itu Saya Tak Percaya Lagi Orang Ber’title’ Ustaz, Ustazah & Berpakaian Suci

ohbulan30hari

Semalam kami ada kongsikan kisah seorang isteri yang diceraikan suami sebaik keguguran selepas hanya 50 hari bergelar isteri. Kisah tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen dan viral.
Nasib yang hampir sama turut dilalui seorang lagi wanita yang berkongsi kisahnya dan lebih menyedihkan bercerai selepas hanya 30 hari berkahwin! Sejak daripada itu kepercayaannya terhadap mereka yang ‘warak’ ini mula terhakis.

Kekasihnya seorang ustazah

Sejak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya 2 tahun lepas,
Saya sedikitpun tidak lagi meletakkan kepercayaan bahawa orang bertitle ustazah, ustaz dan berpakaian suci itu adalah orang yang beragama dan baik akhlaknya.
Kerana ex suami saya seorang yang kopiahnya 24 hours, berjubah, kaki masjid, bilal masjid.
Dan kekasihnya orang ketiga adalah seorang wanita berniqob nampak mata sahaja, seorang ustazah Kafa.
Dan menyedihkan, mereka seperti tidak mengetahui bahawa berpegangan tangan bukan mahram itu haram, berpelukan bukan mahram itu haram. Serta mereka bangga dan gembira berpelakuan begitu sedangkan tulisan di fb mereka ibarat malaikat dan penuh keimanan.
Sebab tu pakaian yang baik adalah pakaian taqwa. Bukan jubah, bukan kopiah, bukan niqab..
Kalau betul-betul nak pakai, tiada masalah. Tapi hiasilah dengan ilmu dan akhlak serta tahu membezakan kebenaran.

Malu nak keluar rumah

Saya tidak bercinta sebelum nikah. Kerana kejadian ini, saya tidak tahu lagi bagaimana cara yang tepat dan betul dalam menilai seseorang calon yang beragama. Selalu terfikir di mana silapnya saya dalam menilai dan dalam tabayyun bakal suami.
Kerana kejadian ini, setiap kali bertemu wanita berniqob dan lelaki bajet alim, saya perlu berlawan habis-habisan di dalam hati bahawa bukan semua wanita dan lelaki yang kelihatan alim begitu perangainya.
You did’t know what the struggle i am facing. You did’t know what the trauma i am having. Luaran dan dalaman. Mencari kekuatan untuk redha dan berlapang dada itu bukan mudah. Di tambah lagi dengan siri-siri di fitnah pula. Putus cinta, putus tunang tak apa lagi weii. Ni putus perkahwinan hanya selepas 30 hari nikah.. Malu sampai tak nak keluar rumah dan taknak jumpa kawan-kawan berbulan-bulan. Sehingga saya mohon pada Allah supaya keluarkan sebentar saya dari bumi Malaysia ini dan ke luar negara melihat manusia-manusia yang tak penah mengenali diri.

Ingin merasa indahnya di didik suami beragama

Bukannya isu jangan sebut title ustaz, ustazah, orang alim, warak berilmu menyebabkan mereka di pandang serong.
Tapi, bila wanita menerima calon yang alim, berilmu, keluarga yang kelihatan beragama… sebenarnya kami mahu menjaga agama kami, kami mahu merasai indahnya di didik suami yang beragama dan keluarga yang punya agama.
Itu sahaja harapan kami si mangsa-mangsa keadaan orang alim, terlajak alim. Yang di nikahi hanya 30 hari, 50 hari, 3 bulan, 5 bulan, 6 bulan sahaja.
Tapi, nampaknya.. dunia hari ini, jika mahu belajar agama… belajarlah sendiri. Jangan mengharapkan sesiapa yang mahu mengajar ataupun mengharapkan sesiapa yang sudi menjadi teman kita belajar agama di kuliah dan kelas pengajian. Wanita muslimah perlu mencari dan mengenal sendiri Islam. Kita tidak boleh berharap punya suami yang akan mengajarkan kita mengenal Islam. Meskipun dia seorang ustaz dan belajar agama

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close