Ishh! Ish! Inilah yang dikatakan anak jenis tak sedar diri dan tahu bersyukur! Menghabiskan duit mak bapak dorang jer hantar ke sekolah, bukannya nak menuntut ilmu dengan betul-betul pun.. Pergi ke sekolah seronok dan bangga dok melakukan aktiviti tak bermoral..
Cer korang lihat minah sekolah di atas, bangga dia dapat tayang aksinya sedang merokok dengan memakai uniform sekolah di sekolahnya.. ‘Hebat’ betul budak-budak sekarang yer, pergi sekolah bawak rokok dan handphone sebagai ‘keperluan’ dorang di sekolah..
Buku-buku dah tak penting lagi buat dorang.. Pergi sekolah lenggang jer sambil membawa beg yang sekadar menjadi hiasan.. Lepas tu memakai uniform sekolah pun, mengikut ukuran dorang sesuka hati jer.. Tudung disingkatkan, baju muat-muat badan sampai nampak susuk badan dan kain pulak sengaja disingkat..
Macam lah dalam kelas tu ‘banjir’, sengaja nak tayang kaki ‘putih melepak’ tu.. Kononnya bergaya macam tu, barulah stylo.. Haishhh! Kalau lah mak minah tu tahu dia merokok, kepalanya dah lama kena tempeleng sampai senget!
Macam mana lah dia boleh terlepas membawa benda terlarang tu semua yer?? Kebiasaannya di sekolah kerap ada ‘spot-check’, betul tak?? Mana dia sembunyikan semua tu pun tak tahu lah..
Miss faham umur masa tu, kebanyakkannya suka memberontak dan tak suka dikongkong.. Kononnya merasakan diri tu dah cukup besar dan pandai jaga diri sendiri..
Tapi Miss harapkan remaja macam minah tu dapat fikir lah masa depan dan ingat kesusahan mak bapak dorang nak sara dorang belajar untuk jadi orang berguna.. Kalau terus hanyut dengan gejala yang tak berfaedah macam tu, hanya merosakkan masa depan jer..