Tersenyum saya membaca status-status di Facebook terutama yang ditulis oleh orang berusia lewat 20-an ke atas. Mereka terpinga-pinga apakah itu cia cia cia yang sering ditulis di status atau komen di media sosial. Ada juga bertanya sama sendiri dan masih tidak tahu akan jawapannya.
Petikan dari media sosial
Pastinya tidak in jika tak tahu whats going on di dalam masyarakat muda kita hari ini. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya memerhati dan melihat trend ini. Dan sempat juga saya bertanya kepada mereka yang sering menulis cia cia cia itu.
Cia cia cia, chia chia chia atau shia shia shia biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita.
Trend ini bermula selepas rancangan Sepahtu Reunion bersiaran di stesen televisyen hujung akhir tahun lepas. Dan ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Mereka meminta saya menonton Sepah Reunion kerana disitu bersepah perkataan tersebut digunakan.
Inilah antara petikan dari rancangan Sepahtu Reunion: Asal usul trend ‘cia cia cia’
Posted by Rancang Hidup Sejak Jatuh Cinta onSaturday, March 5, 2016
Nampaknya cia cia cia itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.