Aduhh..Geram Betul Tengok Gambar Di Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Lara Alana Yang Ke 2..COMELNYAA !!

Baru-baru ini, pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mengadakan sebuah majlis besar-besaran bagi menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-2 buat anak perempuan mereka, Lara Alana. Majlis yang cukup meriah itu telah diadakan di Little Kingdom Parkson, Maju Junction Shopping Mall pada hari Sabtu lalu.


Mungkin kerana terlalu sukakan Hello Kitty, Awal dan Scha telah memilih watak kartun itu sebagai tema majlis sambutan hari jadi Lara yang diadakan dengan meriah itu. Dalam beberapa gambar yang dimuat naik di laman instagram, Lara kelihatan seperti puteri comel dengan mengenakan beberapa gaun yang berwarna merah jambu dan kuning di sepanjang majlis itu.
Beberapa rakan artis seperti Neelofa dan Fouziah Ghous bersama suami serta anaknya Muhammad Zeeshan turut hadir sama pada majlis berkenaan selain keluarga,teman rapat dan saudara-mara bagi menghangatkan lagi suasana sambutan hari jadi itu. Lara juga kelihatan gembira sekali bermain bersama rakan-rakan, disamping memperolehi tiga biji kek hari jadi.
Selain itu ruangan komen di laman instagram Lara juga turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi serta peminat yang tidak putus memuji kecomelan telatah Lara yang sentiasa mencuit hati. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sepanjang majlis sambutan Hari Jadi Lara Alana. Enjoice! 

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close