LUAH PERASAAN DI IG - SHIKIN MAEMBONG SUDAH CERAI DENGAN CHEF RIZ?

Melalui muatnaik beberapa gambar terbaru Shikin Maembong di laman Instagram miliknya, beliau memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali 'solo'. 


Kata Shikin, tekanan yang dialaminya sudah pun semakin berkurang dan kini dirinya merasa lebih tenang. Beliau juga mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini beliau bahagia hidup bersama anaknya, Putri Arianna Natasya.





Menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut memberikan sokongan moral agar tabah dan kuat menghadapi dugaan.

Terdahulu, anak kepada Chef Wan, Chef Riz pernah mengakui beliau menghadapi sedikit konflik bersama Shikin yang merajuk kerana beliau terlalu sibuk dengan kerjaya.



Walaubagaimanapun, Chef Riz memberitahu masalah itu sudah selesai dan ia adalah lumrah untuk pasangan yang berkahwin mempunyai sedikit masalah.

Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara mereka dapat diselesaikan secara baik. Tindakan Shikin berkongsi gambar yang memberikan pembayang bahawa mereka sudah berpisah pastinya membuatkan ramai yang tertanya-tanya status sebenar pasangan ini.



Read more: http://www.myartis.com/2016/07/luah-perasaan-di-ig-shikin-maembong.html#ixzz4FQWbNzcK

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close