PANAS!!! TAK SAMPAI 5 MINIT ABANG DAH..!!! LUAHAN RASA SEDIH UMI AIDA KERANA.....

PANAS!!!  TAK SAMPAI 5 MINIT ABANG DAH..!!! LUAHAN RASA SEDIH UMI AIDA KERANA.....




Tidak sampai lima minit, abang telah ditahan semula, demikian luahan isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Umie Aida Rahmad menerusi akaun Instagram miliknya semalam…………

Khairuddin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Umno Batu Kawan ditahan semula oleh polis petang Khamis sejurus selepas dia dibebaskan oleh mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari yang sama…………..

Khairuddin, yang memfailkan laporan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di beberapa negara, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah­Langkah Khas) (Sosma) sekitar jam 4.40 petang……….

Dia juga boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari di bawah akta itu…………
Bagaimanapun Umie Aida yang juga seorang selebriti berkata, dia sudah menjangkakan perkara tersebut sejak awal lagi…………



Benar sungguh naluriku (tentang) apa yang bakal terjadi. Abang telah dibebaskan dari Akta 124C, (namun) tak sampai lima minit, abang telah ditahan semula untuk Akta 124K & 124L, luahnya lagi. Khairuddin pada mulanya ditahan kerana disyaki bertindak untuk menggulingkan kerajaan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan perbuatan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Khairuddin telah ditahan pada hari Jumaat, iaitu pada hari dia dilaporkan akan membuat penerbangan ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Dia ditahan reman enam hari bermula hari Sabtu………….

Sebelum ditangkap, Khairuddin mendakwa dia dihalang daripada meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen…………

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close