GEMPAR!!!....ohhh..Ini Lah Punca Menyebabkan HUJAN dan RIBUT PETIR di KUALA LUMPUR pada hari ini



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Balai Hang Tuah dan Balai Bomba Pudu mengalihkan pokok yang tumbang di tengah jalan dan menghempap kereta berhampiran Stesen Komuter Bank Negara disebabkan ribut petir yang berlaku petang tadi di sekitar Kuala Lumpur, petang tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
KUALA LUMPUR: Empat kenderaan rosak selepas sebahagian tempat letak kereta berbumbung di Apartmen Sri Bangsar, Jalan Lengguk, di sini, runtuh selepas hujan lebat dan ribut melanda sekitar ibu negara, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang menerima laporan kejadian itu pada jam 5.42 petang mengerahkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai untuk kerja menyelamat.
Bagaimanapun jurucakap bomba berkata, kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa dan hanya empat kenderaan milik penghuni di situ dilaporkan mengalami kerosakan.
Katanya, kenderaan yang rosak ialah Honda Civic, Subaru Impreza, Volkswagen Beetle dan Kia Sportage.
Selain itu, katanya bomba turut menerima sekurang-kurangnya 10 laporan pokok tumbang dengan sebahagiannya menghempap kenderaan dan menghalang jalan.
"Antara laluan terjejas akibat pokok tumbang adalah di Jalan Bunus ke Jalan Raja Laut berhampiran bangunan KWSP; Jalan Esfahan berhampiran pusat beli-belah SOGO; Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Kolam Air, Taman Melawati.

POKOK tumbang menghempap sebuah kereta berhampiran Stesen Keretapi Bank Negara. - Foto ihsan Bomba
"Kita turut menerima beberapa laporan berhubung kejadian pokok tumbang dan menghempap kenderaan antaranya di Jalan Datuk Onn berhampiran Stesen KTM Bank Negara; Jalan Klang Lama menghala ke Lebuhraya Persekutuan, Jalan Kampung Attap berhampiran Hotel Midah, Lebuhraya MRR2 berhampiran kedai Pak Ali Lemang Asli dan berhampiran pusat beli belah Mid Valley," katanya.
Jurucakap itu berkata, buat masa ini pihaknya belum dapat memastikan jumlah sebenar kenderaan yang rosak akibat kejadian itu dan kerja pembersihan sedang dijalankan.
Katanya bomba turut menerima laporan kejadian banjir kilat di Jalan Pudu berhampiran Hospital Tung Shin namun tidak serius.







facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close