Pengguna iPhone 7 yang 'lurus bendul' menyesal menonton satu video tutorial di Youtube yang mengajar bagaimana untuk 'mendapatkan kembali' lubang jack headphone di iPhone 7 menggunakan drill.#
Ya, dengan menggunakan drill.#
Bagi yang belum maklum, Apple membuat kejutan apabila mengumumkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang headphone.#
Disebabkan itu, pengguna-pengguna iPhone 7 yang terdesak mula mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan kembali lubang itu di iPhone terbaru mereka.#
Blog tempatan, Wiser.my berkata, satu video prank mengajar bagaimana untuk mendapatkan kembali lubang headphone di iPhone 7 menggunakan drill telah dibuat oleh seorang Youtuber, Techrax sebagai satira.#
Video itu jelas merupakan satu prank kerana lubang headphone sudah tentu memerlukan litar khas untuknya, bukan dengan semudah membuat lubang menggunakan drill.#
Tapi, malang bagi beberapa pengguna iPhone 7 yang lurus bendul, mereka mempercayai prank itu seterusnya merosakkan iPhone mereka.#
James Ceja menulis "Saya sudah cuba tutorial ini tapi skrin sudah rosak dan tidak berfungsi lansung... Saya sudah lakukan kesilapan terbesar dalam hidup saya dengan menonton video dia (Techrax) ini".
![]() |
Komen di Youtube |
![]() |
Komen di Youtube. |
![]() |
Komen para troll dari internet. |
Nak tahu bagaimana tutorial itu? Tonton video dibawah. Tapi ingat, ia hanya sekadar prank. Jangan cuba di iPhone 7 anda.