(KINI TRENDING) -Akhirnya Isteri Bekas Wartawan TV3 Yang Bergaduh DEDAHKAN Cerita Sebenar Yang Ramai TAK TAHU !!! -


Akhirnya Isteri Bekas Wartawan TV3 Yang Bergaduh DEDAHKAN Cerita Sebenar Yang Ramai TAK TAHU !!! | SEMALAM telah tersebar kisah pergaduhan antara bekas wartawan TV3, Mohd Adli Affendy dengan suami bekas isterinya yang dikatakan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.#
war
Kisah yang dipaparkan sebelum ini adalah cerita sebelah pihak, iaitu kisah versi suami. Adalah tidak adil jika kita hanya mendengar kisah sebelah pihak semata-mata.#
Jadi di bawah ini aku siarkan pula kisah versi si isteri, berdasarkan laporan polis yang telah dibuat berhubung pergaduhan tersebut. Terpulang kepala penilaian masing-masing.#
Pada 23/09/2016 jam 3:30 petang semasa saya berada di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4, saya dengan arahan peguam saya sepatutnya pergi berjumpa dengan bekas suami saya, nama Mohd Efendy Bin Mohd Zaki (No KP: Ditutup) dengan arahan untuk mengambil anak perempuan saya Amanda Nerrisa Adli Effendi berumur 7 tahun.#
1
#Urusan hak penjagaan diuruskan peguam saya dari Tetuan Bahari & Bahari. Pada permulaan saya memberi cadangan untuk berjumpa di Balai Polis Bandar Utama, namun mereka enggan patuh pada peraturan yang ditetapkan kerana takut persepsi polis dan mendatangkan tekanan mental kepada anak.
Oleh yang demikian kami bersetuju walau kami tahu keselamatan kami bakal terancam oleh kerana itu saya telah datang bersama sepupu saya bagi melindungi keselamatan saya.#
2
#Dan pada hari ini 23 September 2016, saya sekali lagi melalui peguam saya telah ‘issue’ satu surat untuk mengadakan perjumpaan bagi mengambil anak saya, sayangnya mereka telah bertukar tempat di Stesen Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4.
Kami telah menegaskan berkali-kali supaya kita berjumpa di Balai Polis Bandar Utama bagi mengelakkan kekecohan berlaku namun mereka takut dengan lokasi perjumpaan kerana mereka berniat untuk tidak memberi anak itu kepada saya. Ia hanya sekadar lakonan sahaja untuk tidak engkar pada perintah hari ini.#
3
Apabila tiba di perkarangan sekolah pada jam 15:20 menaiki kereta saya bersama suami saya bernama Mohd Akmar Ashraf Ishak (IC ditutup) dan juga sepupu saya nama Datin Mariana Hamid.#
Apabila kami berhentikan kereta kami lihat anak saya telah ada di hentian bas seorang diri di depan sekolah tersebut. Pada mulanya sepupu saya telah pergi mendapatkan anak saya namun dihalang oleh isteri kepada bekas suami saya nama Hazrina Illyas dan emak bekas suami saya nama Nadzrah Noor.#
Mereka mengatakan sepupu saya tiada hak untuk menyentuh anak saya. Kemudian saya turun dan apabila saya menghampiri anak saya, mereka telah menyerbu ke arah saya dan enggan menyerahkan anak saya.#
Kemudian bekas suami saya telah datang dan menarik anak perempuan saya daripada rangkulan saya dan berlaku tarik menarik terhadap anak saya.#
Bekas suami saya telah mengatakan aku bunuh kau kalau kau tak lepaskan anak ini sebanyak tiga kali dan pada kali pertama semasa dia mahu melepaskan anak saya daripada pangkuan saya, suami saya telah bertindak mengigit tangan kanan saya, tangan kiri saya, dan menggores muka saya sebelah pipi kiri menyebabkan luka calar dan menolak leher saya.#
Kemudian ibu bekas suami saya telah datang dan menarik kaki sebelah kiri dan memulas, kemudian dia telah menggigit peha sebelah kiri saya dan menarik anak perempuan saya.#
Kemudian saya berkata kepada pemandu sepupu saya supaya beredar dari tempat tersebut bagi mengelakkan keadaan kecoh dan bimbang akan keselamatan anak saya.#
Tetapi suami saya telah bertindak masuk ke dalam kereta sepupu saya Datin Mariana dan Datuk Khairil Muzammil dan memaksa saya melepaskan anak perempuan saya dan mengatakan “lepaskan anak ini, aku cakap lepaskan anak ini kalau tidak engkau mati,”#
Dengan muka yang bengis kemudian dia telah menghenyak saya untuk melepaskan anak saya. Saya memeluk anak saya dan mencium kepala anak saya sambil menenangkan anak saya.#
Anak saya memanggil saya “mummy Amanda takut, tangan Amanda sakit,” saya melihat tangan anak saya telah lebam sebelah kiri kerana ditarik oleh bekas suami saya.#
Kemudian sepupu suami saya Nazurin menjerit, supaya kesian anak saya kerana tangannya telah sakit dan matanya telah terluka. Saya telah melepaskan anak saya kerana polis peronda telah datang dan meminta saya melepaskan anak saya.#
Saya telah lepaskan anak saya dan kemudian saya sedar mereka lepaskan tangan anak saya kerana polis peronda telah sampai di tempat tersebut.#
Kemudian saya telah pergi ke kereta dan mengambil perintah mahkamah dan juga laporan polis untuk ditunjukkan kepada pihak polis.#
Kemudian isteri bekas suami saya telah menjerit ke arah saya sambil merakamkan video dan bertindak menarik tudung saya dan menolak kepala saya, serta menumbuk badan saya sambil mengeluarkan perkataan kesat dan menghina saya “kau tak layak ambil anak ini,”#
Kemudian saya buka pintu kereta dan mengatakan kepada mereka jangan melarikan diri dan pergi ke balai polis. Emak bekas suami saya mengambil botol minuman dan menyimbah air ke arah saya dan saya memberikan amaran jangan larikan diri.#
Saya bertindak kerana saya mempunyai surat perintah mahkamah di mana suami saya telah melarikan anak perempuan saya mulai 19/08/2016.#
Sehingga tarikh ini dia masih gagal menyerahkan anak saya kembali. Saya percaya perkara ini telah membuatkan anak perempuan saya semakin trauma dan ketakutan dan saya harap pihak mahkamah dapat memberikan perintah mahkamah agar anak perempuan saya dijauhkan daripada mereka.#

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close