Wanita Sering Perhatikan 5 Bahagian Ini Pada Tubuh Lelaki.. Wahai lelaki.. anda WAJIB bBACA sekiranya anda ingin nampak TAMPAN di kalangan wanita

Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diutamakan. Mungkin anda tak perasan, tetapi wanita bukan sekadar melihat penampilan anda secara keseluruhan, mereka sangat teliti sehinggakan bahagian-bahagian ini juga mereka perasan. #

groom


1. Bulu hidung #

-Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.


2. Kening #

-Bulu kening bersepah boleh buat anda kelihatan serabut. Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.


3. Bulu-bulu halus sekitar telinga dan tengkuk #

-Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.


4. Kuku tangan dan kaki #

-Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.


5. Gigi #

-Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close