"Setelah siap mandi saya mengangkatnya ke bilik, di dalam bilik pun anak saya meminta susu sambil menangis, saya kembali menengking anak saya dengan suara tinggi kemudian dia terdiam dan tidak menangis lagi...
#Kadang-kadang niat kita untuk menengking hanya untuk melindungi anak kita agar tidak melakukan sesuatu yang tidak baik, tapi tidak semua tengkingan kita berhujung dengan sebuah pengajaran yang baik.#
#Perkara itulah yang di alami oleh seorang ibu yang terpaksa menyesal seumur hidup kerana anaknya mengalami masalah otak sehingga terpaksa di masukkan ke hospital selepas ditengking dengan suara yang terlalu kuat, berikut merupakan kisahnya.#
#“Pada hari Jumaat iaitu semalam Auby anak saya tidak mahu mandi, di sebabkan hari semakin menginjak ke malam saya cuba memaksa, tetapi anak saya hanya mahukan susu sahaja tanpa mahu mandi terlebih dahulu.##
#Kerana marah saya bukakan juga baju anak saya dan memaksanya mandi, kemudian dia cuba berdegil hingga saya menengkingnya dengan perkataan DIAM! ! dengan suara yang cukup kuat.#
#Setelah tengkingan pertama, Auby berkata dede sayang mami sambil mengelus pipi saya, saya hanya mengabaikan begitu saja tanpa ada reaksi yang menunjukkan sebarang minat atas apa yang sudah dilakukan Auby tadi.#
#Setelah siap mandi saya mengangkatnya ke bilik, di dalam bilik pun anak saya meminta susu sambil menangis, saya kembali menengking anak saya dengan suara tinggi kemudian dia terdiam dan tidak menangis lagi.#
#Auby kemudian telah dibawa oleh ayahnya ke ruang tengah bagi menonton television, tiba-tiba Auby menundukkan kepalanya serta matanya terbeliak dan tubuhnya menjadi sejuk.##
#Saya memeluk Auby dan membawanya ke hospital, sepanjang perjalanan saya merasa betul-betul menyesal dan menangis, sungguh sedih rasanya melihat Auby berkeadaan seperti itu, saat itu saya hanya mampu beristigfar dan meminta maaf ke Auby, itulah kata-kata yang saya ucapkan berulang-ulang kali.#
#Bagaimanapun ibu beranak satu itu berkata selepas membuat rawatan beberapa minggu anaknya Auby kembali pulih seperti semula.#
#Selain daripada itu, doktor yang merawat Auby sempat berpesan kepada ibu Auby itu agar tidak meninggikan suara apabila si anak mahukan sesuatu yang mereka inginkan.#
#Tengkingan yang kuat dapat melukakan hati dan perasaan mereka sehingga mencederakan urat saraf otak yang masih tidak kuat.#
#Auby hanya amanah untuk saya dari Allah, ketika saya melayan dia dengan teruk, Allah boleh mengambilnya semula daripada saya, Alhamdulillah ALLAH masih memberikan kesempatan pada saya untuk menjaga dan membesarkan Auby, katanya.#