Seringkali dilihat mesra bersama, Azrel Ismail menjelaskan bahawa dia dan Ruhainies hanyalah berkawan. Namun pelakon lelaki ini bagaimanapun tidak menolak andai kata ada rasa cinta yang terjalin di antara mereka satu hari nanti.
“Mungkin disebabkan jantina kami yang berlawanan membuatkan timbul spekulasi mengatakan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Hakikatnya, saya dan Ruhainies masih di tahap berkawan, bukannya bercinta
Tambah Azrel lagi kepada Utusan Online, sifat Ruhainies yang manja membuatkannya tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat selain turut mengenali wanita berkenaan sebagai seorang yang mementingkan keluarga.
“Saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Walaupun sekadar menjadi pendengar setia, saya berasa lega apabila dapat meluahkan kepadanya”
“Dia memang istimewa tetapi Ruhainies bukanlah kekasih saya. Bagaimanapun tidak menolak suatu hari nanti untuk bercinta dengannya kerana saya pun sudah mengenali keluarganya,” katanya