SERAM!!! JANGAN HAMPIRI 4 BUAH RUMAH DI SEKITAR SHAH ALAM INI!!!



Kali ni segmen berpuaka  rumah rumah yang paling berhantu di area Shah Alam. Penduduk-penduduk di Shah Alam, anda tahu ke pasal kewujudan rumah-rumah paling popular dengan kisah hantu & seram ni? Kalau belum tahu, jom baca sambil kita tengok-tengok la kiri kanan rumah kita.

# Banglo RM50

Rumah berhantu paling popular kat Shah Alam haruslah rumah banglo RM50 yang sekarang dah tak berhantu. Seorang warga Mesir sudah membeli rumah ini & dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Tapi rumah ni tersenarai jugak la sebagai rumah paling berhantu sebab kisah seram dia memang sangat popular sampai di jadikan filem walau dalam filem tu rasa lain sangat dari kisah yang di canang dari mulut ke mulut. Mesti semua pernah baca cerita pasal banglo ni di mana sekumpulan pelajar UiTM yang menyewa sehari kat sini dengan sewa RM50, di ganggu dengan pontianak sehingga ada yang meninggal dunia.

# Banglo Kayangan,Seksyen 12 Shah Alam.

Ramai yang mengatakan rumah ini rumah Mona Fendy. Tapi tiada bukti sahih tentang spekulasi ini. Ada juga yang kata rumah ini pernah terbakar, orang gaji mati, anak owner rumah ini mati dalam buaian. Tapi masih lagi menjadi cerita mulut ke mulut yang tiada bukti sahih. Dari sumber google yang tidak pasti, katanya ada ahli krew rancangan Seekers yang pernah mati sewaktu menjalani pengambaran dulu di sini. 

# Rumah tepi SIRIM Sek 2 Shah Alam.

Katanya yang duduk rumah ini pada tahun 70an adalah keluarga berbangsa Cina. Selepas berlaku satu trajedi di rumah tersebu, maka di biarkan tanpa penghuni dalam tempoh yang agak lama. Katanya penyewa tak tahan asyik kena kacau dengan hantu. Katanya kumpulan Al-Arqam pernah menyewa ramai-ramai di sini, tapi apabila bangun pagi habis badan anggota kumpulan tersebut yang calar balar sampai ada yang kena pindahkan ke tempat lain. Setiap malam rumah tu katanya pukul 11.00 jer meriah macam ada party lepas tu jadi sunyi sepi balik. Pernah di jadikan pusat belajar bahasa Inggeris tapi tak tahan lama bertukar jadi pejabat & telah mengalamani perubahan banyak kali. Staff kat situ memang takkan tunggu lebih dari 7 petang. tempat tu akan sunyi bila pukul 7 petang. Petua nak pergi tengok tempat tu jangan malam-malam katanya, nanti balik confirm demam. Katanya Seksyen 2, Seksyen 1 Shah Alam adalah penempatan paling awal di buka di Shah Alam. Dulunya hutan & bukit bukau. So, maybe jin pernah berkampung kat situ siapa tau kan?

# Seksyen 2,Shah Alam

Katanya rumah ni dah roboh... alah takde lagi la kisah hantu kat rumah ni lepas ni kan? Dulu katanya rumah ini didudukioleh orang berbangsa India dalam tahun 80an. Katanya jiran-jiran pernah nampak lembaga hitam keluar masuk rumah ni. Menurut cerita rumah ini juga pernah masuk rancangan yang bertemakan aktiviti paranormal. Bila jumpa hantu katanya masing-masing lari tak cukup tanah.
Sebenarnya kisah rumah2 berhantu kat Shah Alam sudah lama dibincangkan. Tapi si pengintip sangat yakin mesti ada ramai pembaca yang masih tidak tahu akan kewujudan cerita tentang rumah-rumah ni kan? Apapun jangan taksub sangat mempercayai cerita-cerita berunsur mistik macam ni. Sekadar bacaan bersama.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close