Kami sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak yang berusia antara dua hingga sembilan tahun. "Kejadian terbaharu berlaku pada pukul 7.30 pagi Sabtu lalu apabila dia mengajak untuk melakukan hubungan s3ks. Walaupun sudah memberitahu sedang datang haid.. tetapi ....Apa Yang terjadi selepas itu buat SAYA MENYESAL....

Wanita Tak Tahan Suami Gila Seks Buat Laporan Polis



SIBU, 29 Ogos: Seorang suri rumah yang mendakwa suaminya gila seks dan kaki pukul, membuat laporan polis dengan berkata dia tidak lagi boleh hidup dengan suaminya itu dan mahu bercerai. #
Wanita yang berusia 29 tahun itu mendakwa suaminya, seorang mekanik berusia 31 tahun, mempunyai keinginan seks yang melampau malah mendesaknya untuk memenuhi nafsu ketika dia sedang haid. #
Pasangan itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak yang berusia antara dua hingga sembilan tahun.#
"Kejadian terbaharu berlaku pada pukul 7.30 pagi Sabtu lalu apabila dia mengajak untuk melakukan hubungan seks. #
Walaupun sudah memberitahu sedang datang haid, si suami terus menolaknya ke atas katil bagi memenuhi nafsunya.#
"Sebelum ini dia cuba mencekik dan menampar saya sehingga saya akur dengan permintaannya itu," kata wanita tersebut.#
Pada tengah hari Sabtu lalu, wanita itu membuat laporan polis terhadap suaminya kerana dia bimbang mengenai keselamatan anak-anaknya. #
"Saya tidak lagi tahan dengan sikap suami saya.
"Dia tidak menghormati saya sebagai isteri walaupun dia beri saya RM1,000 setiap bulan untuk perbelanjaan keluarga," katanya.
Selepas laporan polis dibuat, polis memanggil lelaki itu dan mengarahkannya supaya menyelesaikan masalah tersebut dan juga masa depan keluarganya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu jika wujudnya unsur jenayah dalam kes tersebut.
"Memandangkan wanita itu membuat laporan polis untuk menuntut cerai, kami menasihatinya supaya merujuk perkara itu ke mahkamah atau mendapat bantuan daripada badan berkaitan," katanya. #

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close