KECOH !! Bank terima panggilan bom palsu. Mahu tak Cuak Tetiba Terima Panggilan Telefon Dikatakan Ada Bom Dalam bangunan Bank Berkenaan !




SEBUAH Bank di Jalan Seenivasagam, Ipoh menerima ugutan bom kira-kira jam 12 tengahari tadi. Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Forensik serta Unit Anjing Pengesan (k9) sedang menjalankan pemeriksaan. - Foto Supian Ahmad
IPOH: Kakitangan sebuah bank di Jalan Seevinasagam di sini hari ini gempar selepas menerima panggilan telefon mendakwa ada bom di dalam bangunan bank berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata seorang pekerja bank berkenaan menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada jam 11.45 pagi memaklumkan ancaman itu dan maklumat itu kemudiannya dimaklumkan kepada polis 20 minit kemudian.
Katanya, sebaik menerima panggilan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) tiba di lokasi kejadian jam 12.15 tengah hari diikuti Unit Forensik.
"Hasil pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pasukan berkenaan di seluruh bangunan setinggi tujuh tingkat itu mendapati tiada sebarang objek dipercayai bom ditemui.
"Polis percaya panggilan itu adalah panggilan palsu," katanya di sini sebentar tadi.
Chang Keong berkata, polis akan mengesan panggilan telefon terbabit dan menjalankan siasatan lanjut. ##


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close